Posts

Tahun tanpa arah

Jari aku seakan kaku untuk menkakn papn kekunci ini untuk menulis ayat pada waktu ini. Jam 11.40 malam. Aku baru selesai review data yang tak sempat aku siapkan tadi kat office. Aku sambung di rumah.  Wahh kaku betul ye aku nak tulis ni. Mungkin keyboard ni yang keras semacam untuk aku type agaknya. Lama betul aku nak cuba untuk menulis penuh dalam bahasa melayu. Rinduuuu. Lagi rindu untuk aku lincah menulis, menyampaikan apa yang aku rasa dalam tulisan, dalam karangan. ......................... Berbalik pada tajuk tulisan aku hari ini, tahun tanpa arah. TAHUN 2025. Aku punya plan lari. Plan kahwin, plan holiday, plan kewangan. Semua lari. Tiada satu pon dalam genggaman. Mungkin ini ujian dia. Ujian utk aku cuba berdamai dengan apa orang selalu kata  "follow the flow"  Susah. Berat. Kecewa.  Semua rasa ada. Semua emosi datang berlanggar, berkecamuk jiwa. Aku kelaut. aku hilang, aku hambar. Semuanya entah tiada rasa. Seminit dua seronok, lepas tu gone. Aku kene bangun...

Hati aku berat

 Hari ahad yang tenang dan produktif. Iced green tea menjadi peneman aku hari ni. Hari yang aku rasa berat, bukan berat pada fizikal tapi berat pada jiwa. Berat rasa hati aku. berat menanggung rasa. Rasa yang tak pasti, rasa yang di awangan tiada pengakhiran sebuah pengembaraan. Aku keluar berjalan mencari sebuah pasu bunga yang sesuai untuk aku letakkan di atas meja menjadi tempat untuk bunga-bunga segar aku. Satu demi satu kedai aku masuki, aku mencari, aku membelek, aku memerhati setiap pasu yang ada. Aku lelah, aku mengah, namun aku tahu untuk mencapai kebahagiaan bunga, aku mesti berusaha untuk mencari pasu yang sesuai. Ada ketika aku berhenti rehat. Aku termenung sayu melihat orang lain pulang bersama pasu mereka yang sesuai, penuh senyuman, penuh kegembiraan. Tapi ini bukan cerita tentang pasu bunga.

Sekeping jiwa

Hembusan angin hari ini terasa lebih kuat dari kebiasaan, pintu balkoni yang sengaja aku buka memberi ruang langsir untuk dihempas angin. Drama korea 52 episod yang aku baru mula tonton semalam dihentikan seketika, terasa indah pula menikmati angin hari ini. Hari ni aku seorang lagi di rumah. Sudah hampir tiga minggu aku duduk berseorangan di rumah, rakan serumah pergi menunaikan umrah meninggalkan aku seorang.  Duduk sendirian sering kali menusuk jiwa aku yang sememangnya kosong ini. Aku kosong.

Aku tak pasti

Sabtu pagi yang tenang. Terlalu tenang sampai subuh aku tatkala jam hampir menginjak ke angka tujuh. Usai subuh, aku harus selesaikan baju-baju aku yang memanggil untuk dibasuh. Penuh sebakul. Sambil tu otak aku ligat merangka apa yang perlu aku lakukan harini. Rugi kalau siakan sabtu aku dengan sekadar melepet di atas tilam yang sejujurnya tidaklah begitu empuk tapi cukuplah buat aku terlena dan terbuai dalam mimpi yang indah. Ohhh alang-alang ada masa baik pergi derma darah, dah berbulan aku lengahkan rancangan aku yang satu ni. Kopi sejuk dalam peti ais terpaksa aku biarkan sepi sebab minum kopi boleh mengganggu bacaan haemoglobin aku yang aku memang selalu sangkut ni. Sementara tunggu mesin basuh siap bekerja, aku habiskan drama korea yang aku baru mula tengok malam tadi. Drama tentang kahwin, politik dan hubungan sulit. Berat sedikit genre dia untuk aku layan tiba-tiba tapi sebab cuma ada lapan episod dan jalan cerita dia cukup menarik untuk aku terus layan. Sejujurnya ini bukan g...

dua ribu doploh dua untuk hajar

Harini masuk 19 Mac 2022 dan aku baru kembali membelek belog tempat aku meluah yang entah bila kali terakhir aku meluah. Rindu untuk menaip pasti aku kembali kesini. Mungkin aku dah banyak sangat kerja yang memerlukan jari aku laju meluncur di papan kekunci sebab tu aku terlupa rasa rindu untuk menaip apa yang ada pada hati jiwa aku.  Biasanya aku luncur menaip apa yang aku ingin meluah rasa tanpa ada tapisan atau kemas kini kehidupan aku pada mereka yang setia membaca seketul ruangan aku di alam maya ini tapi malam ni aku hanya ingin menaip. Aku keluarkan semula papan kekunci yang aku guna masa tulis tesis kelmarin sebab aku perlukan kekunci nombor untuk masukkan data yang terlalu banyak dan tak larat rasanya nak guna sebaris nombor pada papan kekunci laptop. Aku baru siap dan aku punya tenaga dan keseronokan menekan papan kekunci tu masih berbaki jadi di sinilah aku menaip dan menaip apa yang terlintas di kepala aku. Entah apa yang ada pada otak fikiran aku sebenarnya. Aku pon se...

Rindu yang tertumpah

Masa itu berlalu seakan terlalu pantas jika kita berhenti sejenak dalam menjalani kehidupan padahal masa hanya berjalan ikut aturannya sendiri tanpa kita mengatur. Mungkin sebab kita terlalu asyik dan khayal dalam melayar kehidupan yang tak tentu arah dalam perjalanannya, terkadang tenang dibawa bayu angin damai dan kadang terumbang-ambing dek kerana ombak dan badai lautan. Pada satu ketika dulu, aku sendiri tak sangka yang aku akan ada rasa rindu yang membuak terhadap rumah aku. Rumah aku membesar. Rumah yang masih aku kembali tatkala tiada tempat lain aku tuju. Rumah yang penuh tumpahan kasih dari mak dan ayah. Ya, aku terlalu rindu untuk kembali ke masa lalu, masa dimana sepenuhnya aku duduk di rumah. Masa tatkala tiada rasa rindu sebaliknya tanpa ada rasa. Mungkin rasa tenang yang tidak terluah dalam kata hanya hati dan jiwa yang merasai. Sebab sekarang rasa rindu itu tumpah. Tumpah rasa rindu pada rumah itu sebenarnya perasaan takut untuk hadapi hidup menjadi dewasa yang bersembun...

Pandora box

Lagu korea entah siapa pon aku tak pasti bermain di telinga aku tatkala aku mula untuk menulis entri kali ini. Dah lama aku tak terjaga malam buat perkara merepek macam yang aku tengah buat sekarang, rindu. Aku sekarang menjaga sungguh biological clock badan aku. Cuma malam ni lah, aku skip. Jam sekarang hampir tiga pagi. Aku baru siap tukar layout blog siap edit code dia tau, semata lah hajar. Dah lama tak buat tak sangka skill baca coding html tu ada lagi. Bangga sekejap. Sepatutnya malam ni aku stay up sebab nak edit paper yang tertangguh sekian lama tapi baru edit sikit dah kelaut mood aku. Sia-sia je tadi menapak the mines semata nak beli kopi untuk stay up malam ni tapi aku buat mende tahpape. Takpelah hajar, sukahati ko lah. Entri kali ni aku malas nak buat ayat cecantik, berbahasa ke apa, malas. Mood berbahasa aku tak datang tapi aku nak tulis entri jugak. Sebab aku rasa aku kene tulis sesuatu atau pon aku saje je nak type kat keyboard eh. Boleh lah memana asal aku bahagia. Aku...

Tidur dua belas jam

Aku selesai hantar draft tesis dan interview online minggu lepas. Aku jadi tenang seketika, balik rumah kakak aku dan marathon MCU movies. Balik rumah sewa ahad petang dan sambung tidur sampai isnin pagi. Dua belas jam aku tidur. Bangun dan masih penat. Sambung kerja macam biasa. Keluar beli barang, masak dan makan. Sambung lagi kerja dan masih penat. Aku perlu tidur lagi. Bai :)

DUA RIBU DUA PULUH untuk AKU

Image
Aku pindah bilik sebelum dua ribu dua puluh aku berakhir. Akhirnya aku punya privasi meja belajar sendiri setelah berhari berfikir perlukah aku beli meja untuk letak dalam bilik sedangkan meja study aku selama ni memang ada wujud di ruang tamu. Yaa, aku beli dan hati aku puas. Senyuman aku makin mekar dan jiwaku bertambah gembira. Melihat kembali tahun 2020, aku terasa semuanya bagaikan mimpi yang berlalu begitu pantas. Aku sendiri terkadang tak pasti yang pantasnya masa berlalu. Aku rindu waktu umur aku masih bermula dengan nombor satu dan kini aku hampir dengan nombor tiga. Masa, tolong bergerak perlahan sedikit boleh? Momen kuarantin dek angkara covid-19 sahaja sudah mengambil sebahagian 2020 aku. Ehh semua orang rasanya dalam dunia ni. Aku pasti tiada siapa sangka yang 2020 akan memberi kesan kepada kita semua sebegini. Permulaan tahun 2020 aku kelihatan positif dengan eskpektasi yang aku akan submit tesis dia akhir semester tapi nahhh eksperimen aku sangkut dan aku tambah satu sem...

di penghujung hari yang panjang

di penghujung hari yang panjang, cahaya mentari semakin menghilang dari pandangan mata, sebagai penanda hari yang memenatkan sekali lagi dah hampir berakhir, tangan kecilmu yang mengerah tenaga sepanjang hari ku genggam erat, dengan harapan genggaman ini memberi tenaga kembali, ku usap perlahan belakangmu sambil berbisik, hari ini dah berakhir,  tutuplah matamu dan berehat,  kau dah buat yang terbaik hari ini, kau dah bekerja keras hari ini, terima kasih.

Bebanan atau tanggungjawab?

Image
  Whatsapp yang bertalu masuk aku biarkan sepi tanpa balasan. Aku lelah sebenarnya untuk melayan kerenah student yang hanya mahu disuap tanpa berusaha. Dalam hati selalu terdetik, dik pi baca paper dulu study dulu ni main tanya itu ini macam takde usaha langsung untuk study dulu sebelum jumpa aku. Aku bukan taknak tolong tapi semangat nak berkongsi ilmu itu jadi merudum bila mereka ini langsung kosong pada usaha. "Kerja part-time " yang aku buat disini untuk menampung kehidupan aku sebenarnya penat. Bukan penat fizikal tapi penat otak. Masa awal-awal masuk dulu aku buat  part-time kat kafe kolej je tiap malam. Memang tak masyuk macam sekarang tapi at least otak aku penat untuk study aku je bukan kerja sekali. Tapi sekarang dua-dua kerja dan study aku memerlukan otak aku untuk memerah keringat yang aku pasti terkadang tekanan tu terasa pada fizikal aku.  Bukanlah kehidupan jika hidup ini sentiasa tenang tanpa gelora yang kadang datang menyinggah. Aku suka meletakkan sat...

Tangan yang sejuk

  Tangan aku menggigil waktu aku tengah typing entry ni. Entah kenapa tersa sejuk semacam, mungkin faktor aircond kat bilik ni atau faktor aku masih terkejut terserempak dengan sv aku tadi masa keluar dari toilet. Hmmm peringatan untuk diri sendiri lepas ni, hati-hati keluar toilet kang terserempak dengan sv sendiri nayaa je banyak pulak persoalan dia silap-silap tambah kerja macam yang baru je berlaku sesaat dua tadi. hmmmm Dah hampir dua bulan aku kembali belajar (sambil kerja) kat fakulti ni lepas PKP haritu dan Alhamdulillah aku boleh kata aku lebih efisyen dari sebelum ni. Mungkin faktor aku dah di penghujung semester 4 dan faktor terlalu banyak masa aku bazirkan waktu pkp tempoh hari. Apa yang buat sepanjang pkp hanyalah melepet dan pencapaian terbaik aku hanyalah aku berjaya hantar draft pertama academic   paper  kat sv aku. Tiga bulan tu banyak melepet. Teruk. Nope, itu bukan teruk itu hanyalah satu fasa kehidupan.

susah memang susah

Playlist lagu spotify yang aku custom made khas untuk halwa telinga aku dah berulang lebih tiga kali tapi aku masih merenung kosong skrin komputer. Renungan aku penuh harapan seperti papan kekunci itu mampu bekerja sendiri tanpa bantuan dari otak aku. Susah. Spek mata aku sengaja tanggalkan dan lap kantanya. Tanpa sedar keluhan terluah. Susah. Dah dua kali mengadu lelah. Sepatutnya dua minggu pertama duduk rumah ni aku kene submit satu academic paper tapi dah masuk minggu ketiga aku masih kosong. Menghadap paper yang baru separuh terisi. Susah. Rasanya dah hampir tiga kali sv aku whatsapp minta progress dan aku cuma balas okay. Susah. Paper yang separuh terisi ni sudah disemak tapi dikembalikan semula kepada aku sebab kosong. Masih kosong. Dia mahu isinya. Intinya. Penuh. Tapi susah. Kalau kira berapa kali aku ucap perkataan SUSAH tu rasanya dah lebih patpuloh lapan kali. Itu yang aku sedar, yang aku ucap tanpa sedar rasanya mau patpulohlapan ribu kali.  ...

Aku dan Kopi

Image
Aku kene belanja member kopi secawan sebab dia tolong aku memaniskan dunia aku rasa hubungan aku dengan kopi semakin berkembang mekar, setiap kali aku menghidu aroma kopi aku seakan terpesona dengannya, dan setiap kali aku menghirup kopi hatiku seakan di awangan. dengan hanya secawan kopi hatiku mampu mengukir senyum indah, secawan kopi mampu membahagiakan aku di kala hati ini resah dengan dunia, secawan kopi juga mampu memberi satu rasa baru pada jiwa yang kosong, pahit rasa kopi dulu aku lari, dek kerana aku rasa pahit itu tak kena pada jiwa, tanpa aku sedar seiring masa berjalan hatiku terjatuh pada indahnya rasa pahit, pahit itu rasanya semanis jiwa, tatkala dunia terasa pahit dengan ujian dan dugaan yang tiada henti, rasa pahit kopi yang dihirup memaniskan dunia yang penuh kepahitan, sungguhlah pahit itu sebenarnya manis yang tersakiti.

Bila takut

Apa yang aku buat bila aku takut? Aku lari Ya beb, kalau aku takut aku akan lari. Lari jauh. Sangat jauh. Jauh yang aku rasa cukup untuk aku tak perlu hadapi ketakutan tu. Sampai bila aku lari? Sampai aku rasa aku cukup kuat untuk hadap. Tapi kadang-kadang aku berhenti lari bila aku jumpa jalan mati. Nak taknak aku terpaksa hadap. TERPAKSA. Paksa diri untuk hadap. Aku rasa aku tak pernah cukup kuat untuk berhenti berlari, walaupun dalam keadaan terpaksa aku masih cuba lari. Sambil paksa hadap sambil lari. Penat. Penat sangat tapi aku dah lalu banyak kali jadi aku dah kebal. Akhirnya aku habis je jugak. Tapi dalam keadaan yang penat. Lelah jangan cakap. Jiwa dan hati yang penat hadapi perasaan ni. Fizikal?  Okay je, orang mana tahu. Pandai lah jadi hipokrit. Kita cuma tunjuk pada orang apa yang kita nak orang nampak dan manusia hanya akan nampak apa yang mereka nak nampak. Jadi jiwa yang lelah tu tiada siapa nampak. Ohh Allah nampak. ----------------------------------...

2020 yang terasa awkward

Image
Sudah sebulan 2020 berlalu dan aku masih termangu.

Checklist yang dipandang aneh

Image
Assalamualaikum wbt. Library ni dah semakin kosong, maklumlah dah hampir pukul 10 and kejap lagi mesti abang librarian tu pusing untuk bagitau library dah nak tutup. Kertas-kertas aku yang penuh data ni masih bersepah kat tepi aku. Data dah habis key in and dah kiraaa dah cuma belum betul-betul analyse data ni secara terperinci. Puhhh penat. Berbalik pada tajuk entri belog aku harini pasal checklist. Aku rasa sejak tahun lepas aku ada cakap kat housemates aku yang aku nak naik bas express yang pergi jauh-jauh macam pergi Kelantan ke Johor ke Pahang ke tak kisah lah yang penting jauh yang mana berejam jugak lah naik bas tu. Aku pon tatau signifikan dia apa teringin aku tu sampai depa semua dok pelik lah apesal lah nak sangat nak naik bas express lagi-lagi yang dua tingkat. Hahahahhahahaha sebenarnya memang kelakar pon, tah apetah lah aku ni pepelik je. Mungkin efek sebab selalu sangat tolong hantar housemates pi terminal bas untuk naik bas balik kampung kot, tengok vibe...

Babai-ing bidd

Image
I thought it might be hard for me to let you go and I might cry a river during those times, but surprisingly I am not. I cried a bit but it was happy tears. I am truly happy for you. Seeing you smile so bright till I cant even differentiate whether the sunshine or your smile is the brightest at that day. The moment where just four of us spent a night together, enjoy ourselves to the fullest is one of the remarkable moment in my life. The sweat and laugh that we shared during we setup the pelamin at the night before your akad day was so meaningful for me. The inai-ing session and late night/early morning talk was one the time where I enjoyed the most. Everytime I see the four of us in one frame, I will be reminded by the moment how happy we was during those days in USIM. The study period were hard and stressful to be honest but having you guys along the way made it easier and happier than ever. The memories I am gonna keep for a lifetime. I love you guys 💖

Tahun 2019; Antara manis, pahit atau tawar?

Image
Assalamualaikum wbt. Skrin Redmi Note7 masih terang bercahaya dengan tayangan Netflix  drama dari tanah besar China meskipun jam dah semakin menginjak ke detik dua belas malam yakni penanda berakhirnya dua ribu sembilan belas dan bermula tahun baru dua ribu dua puluh. Drama terhenti seketika pabila bunyi bunga api semakin meriah di luar rumah dan aku terhenti pandangan dari skrin telefon ke siling bilik yang sudah kelam. Bunyi whatsapp  masuk bertalu dari sahabat yang mengeluh sedih dek menyambut tahun baru tatkala masih bekerja seakan terasa dekat dengan jiwa aku yang kosong yang mana hanya selesa menyambut pesta tahun baru dengan berbaring di katil melayan drama mingguan semata. haih, satu lagi keluhan aku terzahir. Ini petanda aku semakin tua kah? Aku benci sungguh perasaan jiwa kosong ni. Entah apa yang kosong aku semakin tak mengerti. Melayan perasaan mencari yang kosong untuk dipenuhkan bukan satu perkara yang menyeronokkan, ia menyedihkan. Sangat menyedihkan ke...

Jiwa yang patah

Image
Momen aku bersendirian dalam kereta tatkala dalam perjalanan pergi mahu pun pulang dari fakulti pasti dipenuhi dengan lintasan fikiran yang kadangkala membebankan hati dan jiwa. Terasa berat sehinggakan mampu menitiskan air mata yang tiada ku sangka terlalu mudah untuk gugur. Masalah jiwa dan perasaan sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk diuruskan jika tahu dimana puncanya tapi yang menjadikannya lebih menyusahkan adalah pabila otak berfikir lebih jauh dari yang sepatutnya hinggakan terkadang terlajak dari ruang perjalanan yang telah diaturkan. Sesat lagi menyusahkan. Sajak yang aku ingin karangkan masih lagi tergantung dalam jiwa penulisan, masih lagi menanti masa untuk aku tuliskan dan menumpahkan cerekanya melalui dakwat pena. Kekuatannya belum lagi hadir pada jiwa yang rapuh ini. Mungkin kerana kekuatan itu adalah seseorang yang belum pasti untuk hadir. Persoalan demi persoalan tak berhenti aku lontarkan pada jiwa, apa jiwa mahu untuk rasa itu?