Bebanan atau tanggungjawab?

 Whatsapp yang bertalu masuk aku biarkan sepi tanpa balasan. Aku lelah sebenarnya untuk melayan kerenah student yang hanya mahu disuap tanpa berusaha. Dalam hati selalu terdetik, dik pi baca paper dulu study dulu ni main tanya itu ini macam takde usaha langsung untuk study dulu sebelum jumpa aku. Aku bukan taknak tolong tapi semangat nak berkongsi ilmu itu jadi merudum bila mereka ini langsung kosong pada usaha.


"Kerja part-time" yang aku buat disini untuk menampung kehidupan aku sebenarnya penat. Bukan penat fizikal tapi penat otak. Masa awal-awal masuk dulu aku buat part-time kat kafe kolej je tiap malam. Memang tak masyuk macam sekarang tapi at least otak aku penat untuk study aku je bukan kerja sekali. Tapi sekarang dua-dua kerja dan study aku memerlukan otak aku untuk memerah keringat yang aku pasti terkadang tekanan tu terasa pada fizikal aku. 

Bukanlah kehidupan jika hidup ini sentiasa tenang tanpa gelora yang kadang datang menyinggah.

Aku suka meletakkan satu garis lurus yang jelas bagi memisahkan antara tanggungjawab kerja dan study walaupun keduanya di tempat yang sama. Semua itu bagi memastikan aku kekal profesional dengan kerja dan dalam masa yang sama aku kekal fokus untuk menyiapkan study aku. Susah memang susah dan hati aku yang lemah ni sering mengeluh tentang bebanan kerja. 

Nope, itu bukan bebanan. Itu satu tanggungjawab. Ini yang aku ulang patpulohlapan kali setiap kali aku mengeluh tanpa sedar.

Pada awalnya, aku jadikan kerja ini satu ruang untuk aku lari dari susahnya belajar sebab kerja ini memberi suntikan happy hormones untuk aku tanpa sedar. Seperti kata Hijjaz dalam bait liriknya, hidup tak selalunya indah langit tak selalu cerah, begitu jugaklah hubungan aku dengan kerja ini. Ruang yang mampu membahagiakan aku mula berubah dan menambah tekanan yang aku tak sangka memberi kesan pada fizikal aku.


Aku turun berat. A bit too much.


Without me realized, my weight drop drastically and my appetite start to disappear. I've lost my desire to eat. I just eat what I need to keep me going through the day. I know its bad and its getting bad. Even my favorite food no longer my favorite anymore. Struggling between job and study isn't easy as it looks like. Sometimes it just enough to make you cry without any warning. I don't even know what is the trigger.

And you know its bad when you feel its bad. Its soo bad. Then, you know its your wake up call.





throwback

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata