Posts

Showing posts from September, 2019

Jiwa yang patah

Image
Momen aku bersendirian dalam kereta tatkala dalam perjalanan pergi mahu pun pulang dari fakulti pasti dipenuhi dengan lintasan fikiran yang kadangkala membebankan hati dan jiwa. Terasa berat sehinggakan mampu menitiskan air mata yang tiada ku sangka terlalu mudah untuk gugur. Masalah jiwa dan perasaan sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk diuruskan jika tahu dimana puncanya tapi yang menjadikannya lebih menyusahkan adalah pabila otak berfikir lebih jauh dari yang sepatutnya hinggakan terkadang terlajak dari ruang perjalanan yang telah diaturkan. Sesat lagi menyusahkan. Sajak yang aku ingin karangkan masih lagi tergantung dalam jiwa penulisan, masih lagi menanti masa untuk aku tuliskan dan menumpahkan cerekanya melalui dakwat pena. Kekuatannya belum lagi hadir pada jiwa yang rapuh ini. Mungkin kerana kekuatan itu adalah seseorang yang belum pasti untuk hadir. Persoalan demi persoalan tak berhenti aku lontarkan pada jiwa, apa jiwa mahu untuk rasa itu?

Balik Kampung

Image
Pernah tak bawa kereta sampai rasa takut? Aku pernah. Tempoh hari aku demam sampai rasa lemau tapi sebab kerja dan eksperimen aku yang masih beratur menunggu untuk disiapkan aku hadap je bangun. Aku pergi klinik ambil ubat dan sambung kerja macam biasa. Sampai satu ketika aku lemau macam kerepek masuk angin punya kondisi, mak aku telefon tanya khabar.  Satu je benda yang aku tak boleh tahan kalau waktu demam. Aku tak boleh dengar suara mak, aku terus rasa nak melepet dengan mak. Aku rindu mak. Aku siapkan kerja macam lipas kudung dan pappp aku masuk kereta pecut balik kampung. Aku pecut. Yaa aku pecut sampai aku rasa takut dengan cara aku bawa kereta. Mungkin dalam doa mak aku, ada terselit sekali doa untuk aku selamat. Alhamdulillah aku selamat sampai kampung lepas pecut macam schumacher kat litar lumba. Malam tu demam aku lagi mencanak naik. Tapi esok terus baik. Nampak tak kesan balik kampung jumpa mak. Dahsyat kan.Terus baik dan petang tu terus pec