Posts

Showing posts from October, 2018

kayu ukur cinta

Tangan aku yang masih bersisa nasi campur sudah hampir kering dek kerana terlalu leka mendengar cerita hangat dari bekas rakan sekerja. Dah lama aku tak join gosip-gosip pejabat yang humornya tak pernah putus macam ni. Dari kisah officemate yang buat perangai dalam lab sampailah bab keluh kesah projek yang tak pernah putus aku tadah je telinga mendengar. Haih rindu aku kat diorang ni lepas jugak bila diorang on aku ajak lunch sama hari ini. Definisi cinta itu terlalu subjektif dan universal untuk ditafsirkan oleh minda dan pemikiran. Setiap individu punya maknanya yang tersendiri. Kadang-kala dari suka boleh menjadi cinta, dari benci juga boleh menjadi cinta apatah lagi kalau sayang tentunya sahaja boleh menjadi cinta. Cinta itu juga bukan sahaja boleh terjadi antara dua insan sepasang kekasih yang saling mencintai tapi boleh dimaksudkan cinta kepada ibu ayah, keluarga, sahabat dan pelbagai lagi watak kehidupan lain tanpa meninggalkan cinta yang paling agung pada Yang Esa. K

mengharung ombak

Aku sedut perlahan kopi o ais sambil mata aku masih melekap pada skrin komputer riba aku. Dah tak sejuk dah kopi aku ni. Mata aku laju menjeling ke arah jam di pergelangan tangan aku, lahh dah pukul 10.30 dah. Terasa cepat masa berlalu bila fokus belajar, hahahaha hati aku menggeletek ketawa dengan statement aku yang out of nowhere tadi. Wuihh bukan selalu haja gigih belajar weh, ni pon sebab nak test isnin nanti.  Kalau orang bercuti ke pantai, ada yang suka  bermandi manda di persisiran pantai sahaja dan ada yang menikmati angin pantai dengan sekadar duduk berbaring di pasir pantai tapi ada juga yang lebih gemar mencari cabaran di pantai dengan bermain banana boat, jetski, paragliding atau snorkeling. Berbeza manusia berbeza minat dan berbeza keinginan.  Bagi yang menikmati angin pantai, mereka lebih santai dan selesa. Relaks, tiada cabaran dan tak perlu berkorban apa. Yelah duduk sahaja dan enjoy pemandangan indah. Yang mandi dan bersuka di persisiran pantai kerana mer