dua ribu doploh dua untuk hajar

Harini masuk 19 Mac 2022 dan aku baru kembali membelek belog tempat aku meluah yang entah bila kali terakhir aku meluah. Rindu untuk menaip pasti aku kembali kesini. Mungkin aku dah banyak sangat kerja yang memerlukan jari aku laju meluncur di papan kekunci sebab tu aku terlupa rasa rindu untuk menaip apa yang ada pada hati jiwa aku. 

Biasanya aku luncur menaip apa yang aku ingin meluah rasa tanpa ada tapisan atau kemas kini kehidupan aku pada mereka yang setia membaca seketul ruangan aku di alam maya ini tapi malam ni aku hanya ingin menaip.

Aku keluarkan semula papan kekunci yang aku guna masa tulis tesis kelmarin sebab aku perlukan kekunci nombor untuk masukkan data yang terlalu banyak dan tak larat rasanya nak guna sebaris nombor pada papan kekunci laptop. Aku baru siap dan aku punya tenaga dan keseronokan menekan papan kekunci tu masih berbaki jadi di sinilah aku menaip dan menaip apa yang terlintas di kepala aku. Entah apa yang ada pada otak fikiran aku sebenarnya. Aku pon seakan tak pasti. Hahahhahaha boleh ke kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kita?


Aku sudah pass master dan sudah bekerja. Tapi hati aku?


Hati itu perlu diisi dengan cinta. Cinta pada tuhan supaya nanti mati boleh tenang masuk syurga. Kadangkala aku masih batuk, sisa dari infeksi covid kelmarin dan kadangkala buat aku terfikir mati itu terlalu hampirkah dengan aku?

Setiap kali aku terasa keseorangan kerana tiada pasangan setiap  kali itulah otak aku laju mengingat akan mati. Aku lagi takut mati tanpa cinta tuhan dari hidup seorang tanpa pasangan.

Sebenarnya mengingat akan mati selalu memberi satu ketenangan pada jiwa aku. Semoga dua ribu doploh dua ini membuat hajar lebih jatuh cinta dengan tuhan dan lebih tenang dalam kehidupan.

Semoga pengakhiran hidup hajar dalam husnul khatimah.

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata