DUA RIBU DUA PULUH untuk AKU


Aku pindah bilik sebelum dua ribu dua puluh aku berakhir. Akhirnya aku punya privasi meja belajar sendiri setelah berhari berfikir perlukah aku beli meja untuk letak dalam bilik sedangkan meja study aku selama ni memang ada wujud di ruang tamu. Yaa, aku beli dan hati aku puas. Senyuman aku makin mekar dan jiwaku bertambah gembira.


Melihat kembali tahun 2020, aku terasa semuanya bagaikan mimpi yang berlalu begitu pantas. Aku sendiri terkadang tak pasti yang pantasnya masa berlalu. Aku rindu waktu umur aku masih bermula dengan nombor satu dan kini aku hampir dengan nombor tiga. Masa, tolong bergerak perlahan sedikit boleh?

Momen kuarantin dek angkara covid-19 sahaja sudah mengambil sebahagian 2020 aku. Ehh semua orang rasanya dalam dunia ni. Aku pasti tiada siapa sangka yang 2020 akan memberi kesan kepada kita semua sebegini. Permulaan tahun 2020 aku kelihatan positif dengan eskpektasi yang aku akan submit tesis dia akhir semester tapi nahhh eksperimen aku sangkut dan aku tambah satu semester dari sepatutnya.

Momen kuarantin aku penuh dengan mood aku yang sekejap naik sekejap turun, maksud aku mood tulis tesis. Pencapaian terbesar aku dapat tulis draft paper tapi itu pon masih belum hantar untuk publish. Tesis yang lain separuh-separuh suku, ehh dah macam posyen makanan diet.

Perjalanan master aku adalah perjalanan aku mencari diri aku. Mencari dimana Hajar yang rajin, Hajar yang gigih, Hajar yang sentiasa gembira dan excited untuk ber-eksperimentasi tapi perjalanan itu panjang dek kerana terbuai dengan Hajar yang malas, Hajar yang asyik dengan entah apa pon aku tak pasti.


Tapi tahun 2020 mengajar aku untuk belajar menyimpan dan belajar pelaburan itu menarik. Aku jatuh cinta dengan duit. Hahaha


Semoga tahun 2021 menjadi tahun Hajar submit tesis, Hajar Viva master dan Hajar grad master. Aminnn 💙

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata