Jiwa yang patah
Momen aku bersendirian dalam kereta tatkala dalam perjalanan pergi mahu pun pulang dari fakulti pasti dipenuhi dengan lintasan fikiran yang kadangkala membebankan hati dan jiwa. Terasa berat sehinggakan mampu menitiskan air mata yang tiada ku sangka terlalu mudah untuk gugur. Masalah jiwa dan perasaan sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk diuruskan jika tahu dimana puncanya tapi yang menjadikannya lebih menyusahkan adalah pabila otak berfikir lebih jauh dari yang sepatutnya hinggakan terkadang terlajak dari ruang perjalanan yang telah diaturkan. Sesat lagi menyusahkan.
Sajak yang aku ingin karangkan masih lagi tergantung dalam jiwa penulisan, masih lagi menanti masa untuk aku tuliskan dan menumpahkan cerekanya melalui dakwat pena. Kekuatannya belum lagi hadir pada jiwa yang rapuh ini. Mungkin kerana kekuatan itu adalah seseorang yang belum pasti untuk hadir.
Persoalan demi persoalan tak berhenti aku lontarkan pada jiwa, apa jiwa mahu untuk rasa itu?
Comments