Posts

Showing posts from April, 2020

susah memang susah

Playlist lagu spotify yang aku custom made khas untuk halwa telinga aku dah berulang lebih tiga kali tapi aku masih merenung kosong skrin komputer. Renungan aku penuh harapan seperti papan kekunci itu mampu bekerja sendiri tanpa bantuan dari otak aku. Susah. Spek mata aku sengaja tanggalkan dan lap kantanya. Tanpa sedar keluhan terluah. Susah. Dah dua kali mengadu lelah. Sepatutnya dua minggu pertama duduk rumah ni aku kene submit satu academic paper tapi dah masuk minggu ketiga aku masih kosong. Menghadap paper yang baru separuh terisi. Susah. Rasanya dah hampir tiga kali sv aku whatsapp minta progress dan aku cuma balas okay. Susah. Paper yang separuh terisi ni sudah disemak tapi dikembalikan semula kepada aku sebab kosong. Masih kosong. Dia mahu isinya. Intinya. Penuh. Tapi susah. Kalau kira berapa kali aku ucap perkataan SUSAH tu rasanya dah lebih patpuloh lapan kali. Itu yang aku sedar, yang aku ucap tanpa sedar rasanya mau patpulohlapan ribu kali.  A