Posts

Showing posts from January, 2021

DUA RIBU DUA PULUH untuk AKU

Image
Aku pindah bilik sebelum dua ribu dua puluh aku berakhir. Akhirnya aku punya privasi meja belajar sendiri setelah berhari berfikir perlukah aku beli meja untuk letak dalam bilik sedangkan meja study aku selama ni memang ada wujud di ruang tamu. Yaa, aku beli dan hati aku puas. Senyuman aku makin mekar dan jiwaku bertambah gembira. Melihat kembali tahun 2020, aku terasa semuanya bagaikan mimpi yang berlalu begitu pantas. Aku sendiri terkadang tak pasti yang pantasnya masa berlalu. Aku rindu waktu umur aku masih bermula dengan nombor satu dan kini aku hampir dengan nombor tiga. Masa, tolong bergerak perlahan sedikit boleh? Momen kuarantin dek angkara covid-19 sahaja sudah mengambil sebahagian 2020 aku. Ehh semua orang rasanya dalam dunia ni. Aku pasti tiada siapa sangka yang 2020 akan memberi kesan kepada kita semua sebegini. Permulaan tahun 2020 aku kelihatan positif dengan eskpektasi yang aku akan submit tesis dia akhir semester tapi nahhh eksperimen aku sangkut dan aku tambah satu sem