Tahun 2019; Antara manis, pahit atau tawar?
Assalamualaikum wbt.
Skrin Redmi Note7 masih terang bercahaya dengan tayangan Netflix drama dari tanah besar China meskipun jam dah semakin menginjak ke detik dua belas malam yakni penanda berakhirnya dua ribu sembilan belas dan bermula tahun baru dua ribu dua puluh. Drama terhenti seketika pabila bunyi bunga api semakin meriah di luar rumah dan aku terhenti pandangan dari skrin telefon ke siling bilik yang sudah kelam. Bunyi whatsapp masuk bertalu dari sahabat yang mengeluh sedih dek menyambut tahun baru tatkala masih bekerja seakan terasa dekat dengan jiwa aku yang kosong yang mana hanya selesa menyambut pesta tahun baru dengan berbaring di katil melayan drama mingguan semata. haih, satu lagi keluhan aku terzahir. Ini petanda aku semakin tua kah? Aku benci sungguh perasaan jiwa kosong ni. Entah apa yang kosong aku semakin tak mengerti. Melayan perasaan mencari yang kosong untuk dipenuhkan bukan satu perkara yang menyeronokkan, ia menyedihkan. Sangat menyedihkan kerana terpaksa akur untuk mengakui jiwamu kosong, perasaan hatimu tawar. Tawar.
Bagi aku tahun 2019 berlalu terlalu pantas, seakan tak punya masa untuk aku berhenti seketika dan pandang belakang. Tahun 2018 menjadi tahun yang membuka lembaran baru dimana aku berani untuk melangkah besar keluar dari zon selesa dan cari hadapi cabaran mendatang. Manakala tahun 2019 ini menjadi saksi aku hadapi cabaran itu. Cabaran yang aku rasa penuh getir ketika ia bermula dan ada manis bila melayarinya namun pahit di jiwa masih berbekas dek getir yang datang pada awalnya.
Perjalanan baru dalam hidup ini pada mulanya seakan mudah seakan indah seperti melihat awan biru di langit cerah, tak terik dek panas dan terasa mendamaikan. Sungguhlah perjalanan ini begitu indah jika ianya tetap berlayar begitu tenang namun apalah gunanya untuk aku membuka langkah besar jika ianya sentiasaaa indah. Panas sang mentari mula terasa terik menggantikan damai awan biru dan seketika rintik hujan turut menyinggah bertanya khabar. Guruh dan ribut memunculkan diri kadangkala sekadar untuk memberi erti bahawa perjalanan bukan senantiasa damai dan tenang dibawah lindungan awan biru.
Ramalan cuaca yang kita catat dan simpan sebagai bekalan awal supaya kita bersedia untuk menghadapi kelak sudah disisip kemas di kotak hati dan jiwa namun pabila ianya benar menepati ramalan aku sendiri terpana dengan dugaan yang aku sangka aku sudah bersedia namun kita hanya benar-benar bersedia tatkala kita menghadapinya. Mulut orang yang berpesan awal bukan semuanya tepat kerana interpretasi manusia pada sesebuah keadaan adalah sentiasa berbeza. Ianya subjektif. Terlalu subjektif, panjang dan kompleks untuk dihuraikan dan dibincangkan.
Aku sebenarnya malas sebenarnya nak update blog. Jujur aku rasa malas sebab aku rasa tahun kebelakangan ni entri blog aku penuh dengan kata-kata simbolik, tamsilan dan seakan aku karang puisi dalam setiap entri. Mende ni buat aku sendiri tertekan sebab nak hadapi expectation sendiri. Hahahhahahahahahaha. Sendiri buat pastu sendiri pressure. Sungguh ayam kan.
Bahasa melayu ni indah sangat sebenarnya, aku kagum sendiri bila aku tulis entri penuh ayat melayu yang jarang aku sendiri guna dalam perbualan seharian. Aku mengaku lah aku memang hari-hari coonverse campur melayu english, bukan acah tapi terbiasa. Lah nak buat macam mana bahasa kat phone pon english. Ingat tak kelakar kalau tiba-tiba tukar cakap setting jadi tetapan π
Okay done dengan masalah bahasa.
Aku rasa 2019 tahun aku mencari diri aku. Ehh bukan cari lah, macam lebih kepada asah atau bentuk diri aku. Membentuk disiplin diri. Moto 2019 yang aku tertanam tanpa sedar dalam kepala otak dan hati jiwa aku:
Selalu je aku paksa diri sebab kalau tak paksa confirm aku melepet atas tilam sampai pukul doblas tengahari waktu hari rabu dimana semua (Baca: SEMUA) orang pergi kerja buat kerja. Eventually you will get used to it. Paksa diri tu waktu early stage je and also after certain target aku achieved π
Aku sebenarnya rajin je, boleh je buat tapi gigihkan diri sikit mesti bommm bomm meletup power sehebat power rangers atau goku yang punya kuasa super saiya. Well i know lah πππ
Satu perkara lagi, tahun 2019 ni aku single. 2020 aku patut ada pakwe sorang, emmmm suami lah terus kannn π

PAKSA DIRI JADI RAJIN WAHAI HAJAR HADIS, KAU TU HAJAHEBAT HAJARAJIN HAJABIJAK HAJAGIGIH !

Comments