Posts

Showing posts from August, 2018

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Image
Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. B aru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran. "Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu"  Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup . Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang. Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta  segera  di isi. Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan 30 Ogos 2018 Pemeriksaan kesihatan ( medical checkup ) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum mendaf

Berapakah nilai harga setitis ilmu?

Image
Terasa hangat kertas yang baru keluar dari mulut mesin fotokopi tu pabila aku pegang. Aku selak satu persatu, sekadar memastikan jumlahnya sudah cukup agar tidak terkurang atau berlebih.  Okay cukup ni tinggal transkrip je belum print. Hati aku berbisik mengingatkan otak untuk cetak esok pula. Pengokot yang terletak sepi di meja tu aku ambil untuk mengikat kertas-kertas ini supaya mudah urusan aku nanti nak muntahkan dakwat pen ke atasnya.  Urusan pendaftaran pelajar siswazah baru dah seminggu berlalu tapi aku boleh terlupa, nasib baik tempoh pendaftaran dua minggu. Lalai sungguh otak aku mengatur acara kehidupan. Banyak lagi urusan yang belum aku selesaikan, otak aku mula laju mengatur masa untuk selesaikan segala urusan. Kertas checklist  pendaftaran aku letakkan paling hadapan supaya mudah aku pastikan mana yang belum di selesaikan lagi. Aku teliti semula baris-baris di kertas checklist tu dan anak mata aku terhenti di baris yuran.            Step 4: Bursar Counter

#TipsHidup ; Renew roadtax and insurance (FIRST TIMER)

Image
Langkah aku semakin laju macam dikejar anjing buruan dari hutan sebelah gayanya, padahal nak berlari menuju ke kereta di seberang jalan.  haihh, satu keluhan kepenatan keluar dari mulut aku. penat hoii ada ke patut nak renew insurance kereta lupa bawak slip dia. masalah betul seketul hajar. nasib baik akak pejabat pos sudi tunggu kan. Pejabat Pos UPM Serdang 29 Ogos 2018 0845 Cara-cara untuk renew roadtax dan insuran kereta di pejabat pos. Kita boleh renew 2 bulan sebelum tarikh tamat dan tak menjejaskan pon tarikh expired. Contoh: Tarikh tamat roadtax dan insuran 20 september 2018 dan aku renew 29 Ogos 2018, expired date untuk next roadtax dan insuran pon masih 20 september 2019. Dia tak markup tarikh pon gais. (Aku baru tahu fakta ni) Untuk renew roadtax, kalau anda pemilik kenderaan hanya perlu bawa:  IC  DUIT (RM72 untuk kereta saga 1.3) Untuk renew insurans kereta, perlu bawa/tahu: Salinan sijil insurans Salinan geran kereta No IC pemandu kedua

travelog: setitis ilmu memaknakan hidup seluas lautan

Image
Kerusi beroda itu aku tarik perlahan merapati meja di kubikel kecil milik aku. Aku pandang sepi papan putih kosong di hadapan sedangkan ideapad lenovo aku dah menjerit minta perhatian. Tulisan yang dari semalam tergantung dek kerana idea aku dah kering kontang macam padang pasir ketandusan air itu pinta sambungan. Baru nak siapkan literature review  untuk proposal dah macam kereta sangkut kat highway sebab kurang minyak.  haihh. aku mengeluh seorang. Tetikus tu aku larikan ke folder  galeri. klik. klik. klik. klik. Ketikan tetikus yang lincah tadi terhenti di folder HM. Keluhan aku tadi tiba-tiba aku rasakan semakin berat.  17-24 Disember 2017 Harmoni Mission Kemboja Travelog #piKemboja Hajar Hadis Al-baqarah 151 Day 1: 17 Dec 2017 - Ahad After a few hectic days, finally harmoni mission pi kemboja. Alhamdulillah everything went well and arrived at Cambodia around maghrib.Arrived at Pioneer office and met the other team members, having dinner, sola

Dia melangkah kehadapan

Image
Terik mentari semakin terasa bahangnya, kesibukan manusia keluar masuk perkarangan rumah juga tak dihirau, gelak tawa dek jenaka hambar semakin meriah di hujung khemah kenduri itu. Dawai yang sudah dimasukkan langsir putih itu dipasang rapi di rangka buloh yang dipacak semalam, Aku kesat peluh yang mula menitik di dahi sambil membetulkan bunga-bunga yang bergantungan dari atas tangga ini. Shikin yang setia memegang kaki tangga aku ni dah mula tak tahan dengan jenaka yang keluar dari mulut erma semakin galak ketawa mengekek. Dari semalam usaha nak buat ruang untuk merakam detik indah di kenduri ini dah dimulakan dengan pacak dua batang buloh. Hari ni tinggal untuk pasang kain dan sangkutkan bunga-bunga bagi lebih cantik. Enam manusia termasuk aku masih gembira bergelak tawa biarpon disimbah terik bahang mentari. Si bakal pengantin duduk perhati di bawah khemah sebelah dengan senyuman yang kian melebar, mungkin hatinya semakin berdebar kencang menanti detik berubah status dan

jahitan yang terlerai

di saat waktu terhenti dimensi membutakan mata memekak kan telinga semakin jauh umur berlari, semakin panjang jalan ini, semakin banyak taburan duri apakah jalan ini jalan yang betul untuk aku lalui persoalan itu bertalu-talu menyesak pintu hati, sabar dulu wahai hati yang rapuh, pertahankan pintu hati itu

warga makmal pestisida

Image
assalamualaikum wbt. Hampir dua tahun aku meniti alam pekerjaan dan makmal pestisida lah yang mencorakkan diri aku dalam alam yang baru ini. Setiap insan yang hadir dalam hidup kita ni semuanya ada memberi impak atau kesan dalam diri kita, sama ada kita rasakan kesan itu atau ianya memberi kesan tanpa kita sedar. Sama juga dengan situasi aku di dalam makmal ini, setiap staf yang aku bekerjasama semuanya mengajar aku pelbagai makna dalam kehidupan dan sekali lagi membuka mata seorang hajar hadis.                                           Penyelia industri sewaktu aku menjalani latihan industri ketika mula-mula aku jejak kaki ke sini, kak atul yang manis dalam kasarnya. Oleh kerana ilmu pestisida ni begitu baru dalam jiwa aku, boleh kata semua perkara aku tanya termasuk cara nak mengeja nama racun. Nak buat macam mana dah nama racun tu terlalu saintifik, kompleks nau untuk aku eja. hahaha sampai sekarang aku gelak balik kalau ingat.