Posts

Bila takut

Apa yang aku buat bila aku takut? Aku lari Ya beb, kalau aku takut aku akan lari. Lari jauh. Sangat jauh. Jauh yang aku rasa cukup untuk aku tak perlu hadapi ketakutan tu. Sampai bila aku lari? Sampai aku rasa aku cukup kuat untuk hadap. Tapi kadang-kadang aku berhenti lari bila aku jumpa jalan mati. Nak taknak aku terpaksa hadap. TERPAKSA. Paksa diri untuk hadap. Aku rasa aku tak pernah cukup kuat untuk berhenti berlari, walaupun dalam keadaan terpaksa aku masih cuba lari. Sambil paksa hadap sambil lari. Penat. Penat sangat tapi aku dah lalu banyak kali jadi aku dah kebal. Akhirnya aku habis je jugak. Tapi dalam keadaan yang penat. Lelah jangan cakap. Jiwa dan hati yang penat hadapi perasaan ni. Fizikal?  Okay je, orang mana tahu. Pandai lah jadi hipokrit. Kita cuma tunjuk pada orang apa yang kita nak orang nampak dan manusia hanya akan nampak apa yang mereka nak nampak. Jadi jiwa yang lelah tu tiada siapa nampak. Ohh Allah nampak. ----------------------------------...

2020 yang terasa awkward

Image
Sudah sebulan 2020 berlalu dan aku masih termangu.

Checklist yang dipandang aneh

Image
Assalamualaikum wbt. Library ni dah semakin kosong, maklumlah dah hampir pukul 10 and kejap lagi mesti abang librarian tu pusing untuk bagitau library dah nak tutup. Kertas-kertas aku yang penuh data ni masih bersepah kat tepi aku. Data dah habis key in and dah kiraaa dah cuma belum betul-betul analyse data ni secara terperinci. Puhhh penat. Berbalik pada tajuk entri belog aku harini pasal checklist. Aku rasa sejak tahun lepas aku ada cakap kat housemates aku yang aku nak naik bas express yang pergi jauh-jauh macam pergi Kelantan ke Johor ke Pahang ke tak kisah lah yang penting jauh yang mana berejam jugak lah naik bas tu. Aku pon tatau signifikan dia apa teringin aku tu sampai depa semua dok pelik lah apesal lah nak sangat nak naik bas express lagi-lagi yang dua tingkat. Hahahahhahahaha sebenarnya memang kelakar pon, tah apetah lah aku ni pepelik je. Mungkin efek sebab selalu sangat tolong hantar housemates pi terminal bas untuk naik bas balik kampung kot, tengok vibe...

Babai-ing bidd

Image
I thought it might be hard for me to let you go and I might cry a river during those times, but surprisingly I am not. I cried a bit but it was happy tears. I am truly happy for you. Seeing you smile so bright till I cant even differentiate whether the sunshine or your smile is the brightest at that day. The moment where just four of us spent a night together, enjoy ourselves to the fullest is one of the remarkable moment in my life. The sweat and laugh that we shared during we setup the pelamin at the night before your akad day was so meaningful for me. The inai-ing session and late night/early morning talk was one the time where I enjoyed the most. Everytime I see the four of us in one frame, I will be reminded by the moment how happy we was during those days in USIM. The study period were hard and stressful to be honest but having you guys along the way made it easier and happier than ever. The memories I am gonna keep for a lifetime. I love you guys 💖

Tahun 2019; Antara manis, pahit atau tawar?

Image
Assalamualaikum wbt. Skrin Redmi Note7 masih terang bercahaya dengan tayangan Netflix  drama dari tanah besar China meskipun jam dah semakin menginjak ke detik dua belas malam yakni penanda berakhirnya dua ribu sembilan belas dan bermula tahun baru dua ribu dua puluh. Drama terhenti seketika pabila bunyi bunga api semakin meriah di luar rumah dan aku terhenti pandangan dari skrin telefon ke siling bilik yang sudah kelam. Bunyi whatsapp  masuk bertalu dari sahabat yang mengeluh sedih dek menyambut tahun baru tatkala masih bekerja seakan terasa dekat dengan jiwa aku yang kosong yang mana hanya selesa menyambut pesta tahun baru dengan berbaring di katil melayan drama mingguan semata. haih, satu lagi keluhan aku terzahir. Ini petanda aku semakin tua kah? Aku benci sungguh perasaan jiwa kosong ni. Entah apa yang kosong aku semakin tak mengerti. Melayan perasaan mencari yang kosong untuk dipenuhkan bukan satu perkara yang menyeronokkan, ia menyedihkan. Sangat menyedihkan ke...

Jiwa yang patah

Image
Momen aku bersendirian dalam kereta tatkala dalam perjalanan pergi mahu pun pulang dari fakulti pasti dipenuhi dengan lintasan fikiran yang kadangkala membebankan hati dan jiwa. Terasa berat sehinggakan mampu menitiskan air mata yang tiada ku sangka terlalu mudah untuk gugur. Masalah jiwa dan perasaan sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk diuruskan jika tahu dimana puncanya tapi yang menjadikannya lebih menyusahkan adalah pabila otak berfikir lebih jauh dari yang sepatutnya hinggakan terkadang terlajak dari ruang perjalanan yang telah diaturkan. Sesat lagi menyusahkan. Sajak yang aku ingin karangkan masih lagi tergantung dalam jiwa penulisan, masih lagi menanti masa untuk aku tuliskan dan menumpahkan cerekanya melalui dakwat pena. Kekuatannya belum lagi hadir pada jiwa yang rapuh ini. Mungkin kerana kekuatan itu adalah seseorang yang belum pasti untuk hadir. Persoalan demi persoalan tak berhenti aku lontarkan pada jiwa, apa jiwa mahu untuk rasa itu?

Balik Kampung

Image
Pernah tak bawa kereta sampai rasa takut? Aku pernah. Tempoh hari aku demam sampai rasa lemau tapi sebab kerja dan eksperimen aku yang masih beratur menunggu untuk disiapkan aku hadap je bangun. Aku pergi klinik ambil ubat dan sambung kerja macam biasa. Sampai satu ketika aku lemau macam kerepek masuk angin punya kondisi, mak aku telefon tanya khabar.  Satu je benda yang aku tak boleh tahan kalau waktu demam. Aku tak boleh dengar suara mak, aku terus rasa nak melepet dengan mak. Aku rindu mak. Aku siapkan kerja macam lipas kudung dan pappp aku masuk kereta pecut balik kampung. Aku pecut. Yaa aku pecut sampai aku rasa takut dengan cara aku bawa kereta. Mungkin dalam doa mak aku, ada terselit sekali doa untuk aku selamat. Alhamdulillah aku selamat sampai kampung lepas pecut macam schumacher kat litar lumba. Malam tu demam aku lagi mencanak naik. Tapi esok terus baik. Nampak tak kesan balik kampung jumpa mak. Dahsyat kan.Terus baik dan petang tu terus...