warga makmal pestisida

assalamualaikum wbt.



Hampir dua tahun aku meniti alam pekerjaan dan makmal pestisida lah yang mencorakkan diri aku dalam alam yang baru ini.

Setiap insan yang hadir dalam hidup kita ni semuanya ada memberi impak atau kesan dalam diri kita, sama ada kita rasakan kesan itu atau ianya memberi kesan tanpa kita sedar. Sama juga dengan situasi aku di dalam makmal ini, setiap staf yang aku bekerjasama semuanya mengajar aku pelbagai makna dalam kehidupan dan sekali lagi membuka mata seorang hajar hadis.

                                         

Penyelia industri sewaktu aku menjalani latihan industri ketika mula-mula aku jejak kaki ke sini, kak atul yang manis dalam kasarnya. Oleh kerana ilmu pestisida ni begitu baru dalam jiwa aku, boleh kata semua perkara aku tanya termasuk cara nak mengeja nama racun. Nak buat macam mana dah nama racun tu terlalu saintifik, kompleks nau untuk aku eja. hahaha sampai sekarang aku gelak balik kalau ingat.

                                            

Dr Ngan Chai Keong, bos aku yang sangat teliti bab duit. hahahaha nak buat macam mana weh dah memang dari azali dia memang berkira bab duit. Bab duit memang pantang tapi sangat baik (baca: langsung tak pandai marah). Satu sifat yang paling aku suka adalah dia mengakui kesilapan dia dan bijak menggunakan psikologi dengan staf dia. Instead of marah staf sebab salah buat experiment, dia akan cakap "It's okay everyone make mistake, the most important is you learned from your mistake and never do it again" dan tambahan kat belakang ayat tu - "Walaupun harga barang tu beribu ringgit tapi takpelah awak buat lagi semula ye". Haaaa perasan tak dia cuba untuk main psikologi kita dengan buat kita rasa bersalah tapi dalam masa yang sama kita termotivasi untuk buat lebih baik walaupun dia gertak dengan harga barang tu bunyi macam mashaallah kedekutnyaa. 😅

                                    

Kak shikin adalah orang yang tolong aku untuk masuk ke makmal ni. Suami kak shikin ni jurulatih silat masa kat USIM dulu dan abang mail inilah yang suruh aku untuk praktikal di makmal ni. Senang katanya dan dari situ aku masuk ke makmal ni. Kak shikin ni adalah manusia yang paling banyak tolong aku menyesuaikan diri dalam makmal ni dan timbal baliknya aku pon tolonglah kak shikin untuk faham segala mende alah alatan dan kira-kira yang biasanya kak shikin malas nak faham 😂 Sifat kak shikin yang aku sangat kagum despite of segala sifat malas kebiasaan gomen adalah dia seorang yang sangat positif. Yaaa, dia sangat positif. Setiap berita atau cerita yang kita dengar sebolehnya dia akan melihatnya dari sudut pandang positif hatta gosip hiburan sekali pun dia akan sedaya upaya mempositifkan cerita itu. Alah kadang-kadang tu dah sembang kencang tapi akhirnya mesti positif. Respek 🙌

                                              

Boleh aku katakan sebagai kawan aku yang pertama berbangsa cina adalah uncle lim. Memandangkan aku duduk kampung, sekolah agama lepas tu masuk uni yang semuanya islam jadinya tiadalah aku kawan berbangsa lain yang rapat selain dari jumpa kat program sekjap-sekejap tu adalah. Tapi uncle lim ni dah terlebih melayu dari kecinaan dia, hahahaha dan mulut dia sangat kepoh. Dah macam makcik bawang pon ye juga weh. Dia lah banyak aku belajar budaya orang cina dan jaga perasaan orang (baca: common sense). Dia sangat menjaga perasaan orang tapi kadang-kadang tak juga sebab sibuk kepoh. hahaha sebab ada dia, makmal tu meriah sikit lah selain dari aku yang memeriahkan makmal tu dengan dendangan lagu aku bila aku tertekan dengan projek-projek yang berlambak.

Ada lagi beberapa staf cumanya nak tekankan bahawa sepanjang aku kat makmal ni, sifat dan tingkah laku setiap orang dalam makmal ni banyak mengajar aku menjadi seorang yang lebih matang dan bijak dalam mengurus urusan kerja seharian baik dari sudut positif mahupun negatif.











Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata