Berapakah nilai harga setitis ilmu?


Terasa hangat kertas yang baru keluar dari mulut mesin fotokopi tu pabila aku pegang. Aku selak satu persatu, sekadar memastikan jumlahnya sudah cukup agar tidak terkurang atau berlebih. 

Okay cukup ni tinggal transkrip je belum print. Hati aku berbisik mengingatkan otak untuk cetak esok pula. Pengokot yang terletak sepi di meja tu aku ambil untuk mengikat kertas-kertas ini supaya mudah urusan aku nanti nak muntahkan dakwat pen ke atasnya. 

Urusan pendaftaran pelajar siswazah baru dah seminggu berlalu tapi aku boleh terlupa, nasib baik tempoh pendaftaran dua minggu. Lalai sungguh otak aku mengatur acara kehidupan. Banyak lagi urusan yang belum aku selesaikan, otak aku mula laju mengatur masa untuk selesaikan segala urusan.

Kertas checklist pendaftaran aku letakkan paling hadapan supaya mudah aku pastikan mana yang belum di selesaikan lagi. Aku teliti semula baris-baris di kertas checklist tu dan anak mata aku terhenti di baris yuran.
           Step 4: Bursar Counter


Sponsored by             ⎕Self-Financed 

 Duration:_______     Receipt No:________


Persoalan tentang duit tidak pernah mati dalam hidup ini jika kau lahir bukan dalam golongan orang berada. Dalam apa jua perkara kau lakukan, apa jua keputusan yang kau cuba putuskan pasti ada satu kotak untuk kau fikirkan dan pertimbangkan,
☑ DUIT
Ada orang kata duit bukan segalanya tapi percayalah hampir segalanya perlukan sehelai kertas yang punya nilainya tersendiri, DUIT. Termasuklah keputusan untuk aku sambung pelajaran ke peringkat pasca ijazah sekarang ni.  Persoalan yang tak pernah berhenti jemu menjengah mengetuk pintu hati aku setiap waktu,

Betul ke apa yang aku buat sekarang ni?
Adakah ini langkah yang paling betul aku buat sekarang?
Kenapa aku sanggup lepaskan rasa selesa sebelum ni?
Sempat tak untuk aku patah balik dari jalan ni?
Cukup ke duit untuk aku sambung?
Tahan ke hati aku nak hadapi tekanan belajar?
Betul ke aku minat ke tu sekadar macam false alarm sebab dah malas kerja?
Dah cukup ke keyakinan nak buat projek sorang-sorang?
Kenapa lah aku tak sambung je kerja pastu cari jodoh pastu kahwin?

Antara soalan yang paling selalu aku soal diri aku sejak dari kali pertama aku jumpa penyelia sarjana kat sini dan ianya tak berhenti bila aku secara rasmi berhenti kerja dan persoalan tu masih sambung bermain dalam otak dan membawa ke hati bila aku secara rasminya terima jawatan pembantu penyelidik sementara di fakulti ni.

Bila persoalan tu nak berhenti bermain?

Berhenti lah, penat nak bagi alasan kat diri bagi hati makin kuat dan tegap dari angin-angin macam ni.

Tapi satu perkara yang hati aku genggam kuat adalah kita kejar ilmu kerana cinta padanya untuk lebih cinta kepadaNya 💖

Walaupun nak daftar uni, nak isi minyak untuk pi uni, nak pi makan lunch, nak beli laptop semuanya perlukan duit yang bernilai tapi walau setitis ilmu yang kau ambil dan simpan dan terap dalam jiwa tu adalah lagi tinggi nilainya. Ya, lagi tinggi sebab kau mencarinya, kau pergi padanya, kau hormatinya, kau mencintainya, kau hargainya, nilaiannya jaaaauhhh dan tak terbanding dengan helaian duit-duit kertas bertanda tangankan gabenor bank negara.

Percayalah Hajar, kau buat keputusan yang betul. Tegakkan dirimu, tetapkan hatimu dan pasakkan niatmu untuk pastikan jalan yang penuh onak ini terasa manisnya nanti ✨

orang kata nak gapai cinta yang manis itu perlu lalu pahitnya dulu, mungkin ini permulaan rasa pahitnyaa untuk cinta ilmu yang manis nanti







Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

Aku tak pasti