#TipsHidup ; Renew roadtax and insurance (FIRST TIMER)
Langkah aku semakin laju macam dikejar anjing buruan dari hutan sebelah gayanya, padahal nak berlari menuju ke kereta di seberang jalan.
haihh, satu keluhan kepenatan keluar dari mulut aku. penat hoii
ada ke patut nak renew insurance kereta lupa bawak slip dia. masalah betul seketul hajar. nasib baik akak pejabat pos sudi tunggu kan.
Pejabat Pos UPM Serdang
29 Ogos 2018
0845
Cara-cara untuk renew roadtax dan insuran kereta di pejabat pos.
- Kita boleh renew 2 bulan sebelum tarikh tamat dan tak menjejaskan pon tarikh expired. Contoh: Tarikh tamat roadtax dan insuran 20 september 2018 dan aku renew 29 Ogos 2018, expired date untuk next roadtax dan insuran pon masih 20 september 2019. Dia tak markup tarikh pon gais. (Aku baru tahu fakta ni)
- Untuk renew roadtax, kalau anda pemilik kenderaan hanya perlu bawa:
- IC
- DUIT (RM72 untuk kereta saga 1.3)
- Untuk renew insurans kereta, perlu bawa/tahu:
- Salinan sijil insurans
- Salinan geran kereta
- No IC pemandu kedua kalau ada register dalam insurans
- DUIT (obviously kot)
Jangan lupa tuntut NCD (No Claim Discount). Pejabat pos biasanya automatically kira sekali. No worries, cuma korang perlu noted lah.
- Untuk kali pertama renew - 25% NCD
- Harga kereta pon turun banyak maka insurans pon kuranglah nak bayar. 😍
Comments