Jiwa kita yang berbeza
Assalamualaikum wbt.
Entry baru setelah berbulan lamanya kann . Hebat haja
tinggalkan blog ni smapai hampir hilang dari kenyataan dalam hidup . hahaha .
itu kelakar
Entry ni aku karang malam . malam yang menunjukkan usia aku
sudah hampir sebulan aku menjadi seorang yang benar-benar hajar hadis 20 tahun
. aku sudah menginjak dewasa . masih belia remaja tapi jiwa keanak-anakan
mungkin masih terselit disebalik pemikiran emosi yang sudah mencapai standard
kematangan . inshaallah doakan .
Terima kasih yang aku tak dapat nak ungkapkan dengan
kata-kata dan tindakan yang sewajarnya kepada sahabat kawan yang meraikan
birthday aku even awal sehari . I am really appreciate your effort . first time
sambut dengan kawan sangat terasa kelainannya . iyaa sangat berbeza . keraian
itu bukan dalam kasih sayang yang tersurat tapi tersirat . terima kasih .
Alhamdulillah final exam semester 2 dah selamat aku harung
dengan bahagia . sekali lagi terima kasih kawan . husna . abid . mungkin exam
itu jadi lebih mudah dan kurang masamnye jika kita harung bersama dengan sebuah
perkongsian . kita berkongsi berbincang bertengkar dan bergaduh besar dek ilmu
. manis bila dah berlalu . masam tatkala ia melalui . pengalaman . kawan . xoxo
Dalam bulan-bulan kebelakangan ini aku perasan emosi itu apa
. aku selalu meremehkan benda tu dulu . sekarang aku rasa ia berbeza .
permainan perasaan . emosi bercelaru . hormon tak tentu hala . iman naik turun
. sehingga kadang-kadang memakan hati . bila aku terbuka . mereka semakin terbuka
. tapi hanya kepada aku . lihat , ia berbeza .
SekreFAST . Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi .
Alhamdulillah dapat amanah jadi krew untuk biro akademik . serius aku rasa ada
makhluk yang nak prank aku . lawak luar alam kelakar gilaaaa aku boleh masuk
biro akademik . well orang bagi kita terima . inshaallah kita buat .
Cuti semester dah mula tapi terkilan sedih dan rasa bersalah
menghempap berganda-ganda atas aku . pertama : training silat . kedua : program
rohingnya bulan puasa . ketiga : masum
Ada satu ketika aku rasa sangat sangat sangat reluctant nak
pergi . dek memikir hati mak yang dah dalam benar rasa terkilan . tapi pada
ketika tu aku dihempap lagi dengan tanggungjwab yang lagi mega aku rasa walau
tak seMega mana orang lain rasa . marah terkejut sedih berkecamuk emosi aku
sampai aku boleh meleleh air mata pada ketika itu jugak . surprised . aku tak
sangka aku sekarang jadi seorang yang semakin mudah menitiskan air mata . aku
benci emosi terumbang-ambing .
Kenapa aku reluctant nak pergi ? sejarah dan pengalaman .
perasaan terkilan mak itu walau hanya sekali dia luahkan even dalam nada
gurauan aku rasa itu satu bebanan . sejarah kakak mungkin aku ulangi . mak
mengiakan tapi aku taknak . bukan . aku takkan . aku lain . hati mak kann
mestilah dah selam hati aku lebih dalam sedalam dia menyelami hati kakak .
orang kata ni pengorbanan tapi korbankan hati mak lagi sanggup ke ?
Dalam yang tersurat mak izinkan tapi yang tersirat mak
memerlukan . tinggal aku je ke ?
ALLAH hadirkan ujian dugaan itu untuk menunjukkan sayang
kepada hambanya . aku seakan tak mampu kawan . tolong aku kawan . tolong lihat
wajah aku dan faham hati aku sebelum suarakan pendapatmu kerana jiwa kita
berbeza bukan sama .
*entry kali ini aku lebih berpujangga dari bermadah . angkara
Zahiril Adzim . maaf .
Comments