Jiwa kita yang berbeza



Assalamualaikum wbt.

Entry baru setelah berbulan lamanya kann . Hebat haja tinggalkan blog ni smapai hampir hilang dari kenyataan dalam hidup . hahaha . itu kelakar

Entry ni aku karang malam . malam yang menunjukkan usia aku sudah hampir sebulan aku menjadi seorang yang benar-benar hajar hadis 20 tahun . aku sudah menginjak dewasa . masih belia remaja tapi jiwa keanak-anakan mungkin masih terselit disebalik pemikiran emosi yang sudah mencapai standard kematangan . inshaallah doakan .

Terima kasih yang aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata dan tindakan yang sewajarnya kepada sahabat kawan yang meraikan birthday aku even awal sehari . I am really appreciate your effort . first time sambut dengan kawan sangat terasa kelainannya . iyaa sangat berbeza . keraian itu bukan dalam kasih sayang yang tersurat tapi tersirat . terima kasih .
Alhamdulillah final exam semester 2 dah selamat aku harung dengan bahagia . sekali lagi terima kasih kawan . husna . abid . mungkin exam itu jadi lebih mudah dan kurang masamnye jika kita harung bersama dengan sebuah perkongsian . kita berkongsi berbincang bertengkar dan bergaduh besar dek ilmu . manis bila dah berlalu . masam tatkala ia melalui . pengalaman . kawan . xoxo

Dalam bulan-bulan kebelakangan ini aku perasan emosi itu apa . aku selalu meremehkan benda tu dulu . sekarang aku rasa ia berbeza . permainan perasaan . emosi bercelaru . hormon tak tentu hala . iman naik turun . sehingga kadang-kadang memakan hati . bila aku terbuka . mereka semakin terbuka . tapi hanya kepada aku . lihat , ia berbeza .

SekreFAST . Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi . Alhamdulillah dapat amanah jadi krew untuk biro akademik . serius aku rasa ada makhluk yang nak prank aku . lawak luar alam kelakar gilaaaa aku boleh masuk biro akademik . well orang bagi kita terima . inshaallah kita buat .

Cuti semester dah mula tapi terkilan sedih dan rasa bersalah menghempap berganda-ganda atas aku . pertama : training silat . kedua : program rohingnya bulan puasa . ketiga : masum

Ada satu ketika aku rasa sangat sangat sangat reluctant nak pergi . dek memikir hati mak yang dah dalam benar rasa terkilan . tapi pada ketika tu aku dihempap lagi dengan tanggungjwab yang lagi mega aku rasa walau tak seMega mana orang lain rasa . marah terkejut sedih berkecamuk emosi aku sampai aku boleh meleleh air mata pada ketika itu jugak . surprised . aku tak sangka aku sekarang jadi seorang yang semakin mudah menitiskan air mata . aku benci emosi terumbang-ambing .

Kenapa aku reluctant nak pergi ? sejarah dan pengalaman . perasaan terkilan mak itu walau hanya sekali dia luahkan even dalam nada gurauan aku rasa itu satu bebanan . sejarah kakak mungkin aku ulangi . mak mengiakan tapi aku taknak . bukan . aku takkan . aku lain . hati mak kann mestilah dah selam hati aku lebih dalam sedalam dia menyelami hati kakak . orang kata ni pengorbanan tapi korbankan hati mak lagi sanggup ke ?

Dalam yang tersurat mak izinkan tapi yang tersirat mak memerlukan . tinggal aku je ke ?
ALLAH hadirkan ujian dugaan itu untuk menunjukkan sayang kepada hambanya . aku seakan tak mampu kawan . tolong aku kawan . tolong lihat wajah aku dan faham hati aku sebelum suarakan pendapatmu kerana jiwa kita berbeza bukan sama .


*entry kali ini aku lebih berpujangga dari bermadah . angkara Zahiril Adzim . maaf .

Comments

Anonymous said…
typo typo ahakz

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata