Posts

Tahun tanpa arah

Jari aku seakan kaku untuk menkakn papn kekunci ini untuk menulis ayat pada waktu ini. Jam 11.40 malam. Aku baru selesai review data yang tak sempat aku siapkan tadi kat office. Aku sambung di rumah.  Wahh kaku betul ye aku nak tulis ni. Mungkin keyboard ni yang keras semacam untuk aku type agaknya. Lama betul aku nak cuba untuk menulis penuh dalam bahasa melayu. Rinduuuu. Lagi rindu untuk aku lincah menulis, menyampaikan apa yang aku rasa dalam tulisan, dalam karangan. ......................... Berbalik pada tajuk tulisan aku hari ini, tahun tanpa arah. TAHUN 2025. Aku punya plan lari. Plan kahwin, plan holiday, plan kewangan. Semua lari. Tiada satu pon dalam genggaman. Mungkin ini ujian dia. Ujian utk aku cuba berdamai dengan apa orang selalu kata  "follow the flow"  Susah. Berat. Kecewa.  Semua rasa ada. Semua emosi datang berlanggar, berkecamuk jiwa. Aku kelaut. aku hilang, aku hambar. Semuanya entah tiada rasa. Seminit dua seronok, lepas tu gone. Aku kene bangun...

Hati aku berat

 Hari ahad yang tenang dan produktif. Iced green tea menjadi peneman aku hari ni. Hari yang aku rasa berat, bukan berat pada fizikal tapi berat pada jiwa. Berat rasa hati aku. berat menanggung rasa. Rasa yang tak pasti, rasa yang di awangan tiada pengakhiran sebuah pengembaraan. Aku keluar berjalan mencari sebuah pasu bunga yang sesuai untuk aku letakkan di atas meja menjadi tempat untuk bunga-bunga segar aku. Satu demi satu kedai aku masuki, aku mencari, aku membelek, aku memerhati setiap pasu yang ada. Aku lelah, aku mengah, namun aku tahu untuk mencapai kebahagiaan bunga, aku mesti berusaha untuk mencari pasu yang sesuai. Ada ketika aku berhenti rehat. Aku termenung sayu melihat orang lain pulang bersama pasu mereka yang sesuai, penuh senyuman, penuh kegembiraan. Tapi ini bukan cerita tentang pasu bunga.

Sekeping jiwa

Hembusan angin hari ini terasa lebih kuat dari kebiasaan, pintu balkoni yang sengaja aku buka memberi ruang langsir untuk dihempas angin. Drama korea 52 episod yang aku baru mula tonton semalam dihentikan seketika, terasa indah pula menikmati angin hari ini. Hari ni aku seorang lagi di rumah. Sudah hampir tiga minggu aku duduk berseorangan di rumah, rakan serumah pergi menunaikan umrah meninggalkan aku seorang.  Duduk sendirian sering kali menusuk jiwa aku yang sememangnya kosong ini. Aku kosong.

Aku tak pasti

Sabtu pagi yang tenang. Terlalu tenang sampai subuh aku tatkala jam hampir menginjak ke angka tujuh. Usai subuh, aku harus selesaikan baju-baju aku yang memanggil untuk dibasuh. Penuh sebakul. Sambil tu otak aku ligat merangka apa yang perlu aku lakukan harini. Rugi kalau siakan sabtu aku dengan sekadar melepet di atas tilam yang sejujurnya tidaklah begitu empuk tapi cukuplah buat aku terlena dan terbuai dalam mimpi yang indah. Ohhh alang-alang ada masa baik pergi derma darah, dah berbulan aku lengahkan rancangan aku yang satu ni. Kopi sejuk dalam peti ais terpaksa aku biarkan sepi sebab minum kopi boleh mengganggu bacaan haemoglobin aku yang aku memang selalu sangkut ni. Sementara tunggu mesin basuh siap bekerja, aku habiskan drama korea yang aku baru mula tengok malam tadi. Drama tentang kahwin, politik dan hubungan sulit. Berat sedikit genre dia untuk aku layan tiba-tiba tapi sebab cuma ada lapan episod dan jalan cerita dia cukup menarik untuk aku terus layan. Sejujurnya ini bukan g...

dua ribu doploh dua untuk hajar

Harini masuk 19 Mac 2022 dan aku baru kembali membelek belog tempat aku meluah yang entah bila kali terakhir aku meluah. Rindu untuk menaip pasti aku kembali kesini. Mungkin aku dah banyak sangat kerja yang memerlukan jari aku laju meluncur di papan kekunci sebab tu aku terlupa rasa rindu untuk menaip apa yang ada pada hati jiwa aku.  Biasanya aku luncur menaip apa yang aku ingin meluah rasa tanpa ada tapisan atau kemas kini kehidupan aku pada mereka yang setia membaca seketul ruangan aku di alam maya ini tapi malam ni aku hanya ingin menaip. Aku keluarkan semula papan kekunci yang aku guna masa tulis tesis kelmarin sebab aku perlukan kekunci nombor untuk masukkan data yang terlalu banyak dan tak larat rasanya nak guna sebaris nombor pada papan kekunci laptop. Aku baru siap dan aku punya tenaga dan keseronokan menekan papan kekunci tu masih berbaki jadi di sinilah aku menaip dan menaip apa yang terlintas di kepala aku. Entah apa yang ada pada otak fikiran aku sebenarnya. Aku pon se...

Rindu yang tertumpah

Masa itu berlalu seakan terlalu pantas jika kita berhenti sejenak dalam menjalani kehidupan padahal masa hanya berjalan ikut aturannya sendiri tanpa kita mengatur. Mungkin sebab kita terlalu asyik dan khayal dalam melayar kehidupan yang tak tentu arah dalam perjalanannya, terkadang tenang dibawa bayu angin damai dan kadang terumbang-ambing dek kerana ombak dan badai lautan. Pada satu ketika dulu, aku sendiri tak sangka yang aku akan ada rasa rindu yang membuak terhadap rumah aku. Rumah aku membesar. Rumah yang masih aku kembali tatkala tiada tempat lain aku tuju. Rumah yang penuh tumpahan kasih dari mak dan ayah. Ya, aku terlalu rindu untuk kembali ke masa lalu, masa dimana sepenuhnya aku duduk di rumah. Masa tatkala tiada rasa rindu sebaliknya tanpa ada rasa. Mungkin rasa tenang yang tidak terluah dalam kata hanya hati dan jiwa yang merasai. Sebab sekarang rasa rindu itu tumpah. Tumpah rasa rindu pada rumah itu sebenarnya perasaan takut untuk hadapi hidup menjadi dewasa yang bersembun...

Pandora box

Lagu korea entah siapa pon aku tak pasti bermain di telinga aku tatkala aku mula untuk menulis entri kali ini. Dah lama aku tak terjaga malam buat perkara merepek macam yang aku tengah buat sekarang, rindu. Aku sekarang menjaga sungguh biological clock badan aku. Cuma malam ni lah, aku skip. Jam sekarang hampir tiga pagi. Aku baru siap tukar layout blog siap edit code dia tau, semata lah hajar. Dah lama tak buat tak sangka skill baca coding html tu ada lagi. Bangga sekejap. Sepatutnya malam ni aku stay up sebab nak edit paper yang tertangguh sekian lama tapi baru edit sikit dah kelaut mood aku. Sia-sia je tadi menapak the mines semata nak beli kopi untuk stay up malam ni tapi aku buat mende tahpape. Takpelah hajar, sukahati ko lah. Entri kali ni aku malas nak buat ayat cecantik, berbahasa ke apa, malas. Mood berbahasa aku tak datang tapi aku nak tulis entri jugak. Sebab aku rasa aku kene tulis sesuatu atau pon aku saje je nak type kat keyboard eh. Boleh lah memana asal aku bahagia. Aku...