Cukupkah sekadar tolak ansur?


Jari aku yang tadi ligat menekan papan kekunci terhenti seketika pabila nopal menjawab persoalan aku dengan sesuatu yang paling aku tak jangka. Memandangkan sudah beberapa hari aku tak menjenguk makmal, bersahaja lah aku bertanya khabar dengan mereka yang berada di makmal tiba-tiba nopal membawa berita mengejut menyatakan si polan sudah tekad untuk berhenti. Berhenti dari mendaki sebuah gunung yang aku yakin dia sendiri impikan namun dia berhenti pabila tinggal beberapa langkah lagi untuk tiba di puncak. Aku terkedu seorang diri.


Semakin menginjak dewasa aku perhatikan definisi sesuatu perkataan diinterpretasikan manusia mengikut apa yang mereka mahukan. Bergantung kepada situasi yang menguntungkan diri mereka ataupun yang membuatkan mereka berada di pihak yang benar. Padahal bagi aku dalam apa jua situasi, bukan sekadar satu perspektif yang harus kita lihat dan kita terjemah tapi lebih dari satu perspektif yang kita harus pandang dan faham sebelum menghakimi sesuatu perkara. 


Tolak Ansur

Kalau lihat dari definisi dewan bahasa dan pustaka, maknanya berbunyi begitu mudah. Tolak ansur bererti saling menuruti dan saling memberi atau dengan kata lain berkompromi. Mudah kan maksud dia?

Tapi cuba kita terjemahkan maksudnya kepada tindakan. Masih terasa mudahkah?

Dua kepala yang punya pendapat berbeza duduk memahami sudut pandang berbeza dan bersetuju dengan satu resolusi yang sama. Mengalah untuk menerima pendapat yang lebih baik atau terus menyalahkan pihak lain, mana lagi baik?

Pertembungan personaliti yang berbeza adalah satu situasi yang paling memerlukan sikap tolak ansur atau berkompromi dalam memahami. Kunci tolak ansur ni mudah, KOMUNIKASI YANG BAIK.

Aku terdetik untuk menulis hari ini walaupun kerja lain masih menggunung menunggu dek kerana aku sendiri sudah tidak tahan dengan perangai manusia yang membolak-balikkan maksud tolak ansur ini mengikut interpretasi sendiri. Mungkin ini salah satu perancangan Allah untuk aku mendidik jiwa dan hati supaya menjadi hambaNya yang lebih baik dengan menemukan aku bersama insan-insan sebegini.

Payah untuk aku hadam tapi aku diam. Diam bukan tanda mengalah atau salah tapi diam aku kerana aku takut untuk menghadapi pasca konfrontasi kelak. Perempuan ini jiwanya sensitif. Konfrontasi perempuan sukar dijangka pengakhirannya. Aku lagi takut hubungan retak hingga tiada lagi sapa mesra dari sekadar sapaan hambar dan berbalas anggukan kepala. 

Itu situasi aku, situasi yang aku sendiri kibar bendera putih awal sebab pihak satu lagi dah nyatakan dengan jelas terang lagi bersuluh di sosial media yang dia taknak bincang siap dengan tanda pagar kenapa perlu bincang kalau boleh gaduh. Iyaa aku faham itu satu gurauan tapi aku sedih kenapa perlu luah kat media sosial sedangkan aku ada depan mata untuk kau gaduhkan. Hmmmmmmm

Okay aku angkat tangan menyerah.

Tapi itu aku, yang aku sedih dan geram dan terkilan adalah kisah orang. Orang yang tak jauh tapi tak cukup dekat dengan aku. Sekadar kenalan mungkin. Cita-cita dan impian jatuh berderai dek kerana tiada tolak ansur. Tolak ansur itu definisi dia sangat luas dan pelbagai cara manusia meluahkannya dalam tindakannya. Sayang seribu kali sayang tapi apakan daya, langkahnya  sudah melangkah semakin jauh untuk kembali menyambung kembali retakan perhubungan yang dia cipta sendiri. 


Tolak ansur satu tanda baru untuk manusia mempunyai jiwa

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata