Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. B aru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran. "Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu" Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup . Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang. Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta segera di isi. Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan 30 Ogos 2018 Pemeriksaan kesihatan ( medical checkup ) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum me...
Masa itu berlalu seakan terlalu pantas jika kita berhenti sejenak dalam menjalani kehidupan padahal masa hanya berjalan ikut aturannya sendiri tanpa kita mengatur. Mungkin sebab kita terlalu asyik dan khayal dalam melayar kehidupan yang tak tentu arah dalam perjalanannya, terkadang tenang dibawa bayu angin damai dan kadang terumbang-ambing dek kerana ombak dan badai lautan. Pada satu ketika dulu, aku sendiri tak sangka yang aku akan ada rasa rindu yang membuak terhadap rumah aku. Rumah aku membesar. Rumah yang masih aku kembali tatkala tiada tempat lain aku tuju. Rumah yang penuh tumpahan kasih dari mak dan ayah. Ya, aku terlalu rindu untuk kembali ke masa lalu, masa dimana sepenuhnya aku duduk di rumah. Masa tatkala tiada rasa rindu sebaliknya tanpa ada rasa. Mungkin rasa tenang yang tidak terluah dalam kata hanya hati dan jiwa yang merasai. Sebab sekarang rasa rindu itu tumpah. Tumpah rasa rindu pada rumah itu sebenarnya perasaan takut untuk hadapi hidup menjadi dewasa yang bersembun...
Apa yang aku buat bila aku takut? Aku lari Ya beb, kalau aku takut aku akan lari. Lari jauh. Sangat jauh. Jauh yang aku rasa cukup untuk aku tak perlu hadapi ketakutan tu. Sampai bila aku lari? Sampai aku rasa aku cukup kuat untuk hadap. Tapi kadang-kadang aku berhenti lari bila aku jumpa jalan mati. Nak taknak aku terpaksa hadap. TERPAKSA. Paksa diri untuk hadap. Aku rasa aku tak pernah cukup kuat untuk berhenti berlari, walaupun dalam keadaan terpaksa aku masih cuba lari. Sambil paksa hadap sambil lari. Penat. Penat sangat tapi aku dah lalu banyak kali jadi aku dah kebal. Akhirnya aku habis je jugak. Tapi dalam keadaan yang penat. Lelah jangan cakap. Jiwa dan hati yang penat hadapi perasaan ni. Fizikal? Okay je, orang mana tahu. Pandai lah jadi hipokrit. Kita cuma tunjuk pada orang apa yang kita nak orang nampak dan manusia hanya akan nampak apa yang mereka nak nampak. Jadi jiwa yang lelah tu tiada siapa nampak. Ohh Allah nampak. ----------------------------------...
Comments