mengharung ombak

Aku sedut perlahan kopi o ais sambil mata aku masih melekap pada skrin komputer riba aku. Dah tak sejuk dah kopi aku ni. Mata aku laju menjeling ke arah jam di pergelangan tangan aku, lahh dah pukul 10.30 dah. Terasa cepat masa berlalu bila fokus belajar, hahahaha hati aku menggeletek ketawa dengan statement aku yang out of nowhere tadi. Wuihh bukan selalu haja gigih belajar weh, ni pon sebab nak test isnin nanti. 


Kalau orang bercuti ke pantai, ada yang suka bermandi manda di persisiran pantai sahaja dan ada yang menikmati angin pantai dengan sekadar duduk berbaring di pasir pantai tapi ada juga yang lebih gemar mencari cabaran di pantai dengan bermain banana boat, jetski, paragliding atau snorkeling. Berbeza manusia berbeza minat dan berbeza keinginan. 

Bagi yang menikmati angin pantai, mereka lebih santai dan selesa. Relaks, tiada cabaran dan tak perlu berkorban apa. Yelah duduk sahaja dan enjoy pemandangan indah.

Yang mandi dan bersuka di persisiran pantai kerana mereka inginkan nikmat dan hadapi sedikit cabaran dengan ombak dan masin air laut tapi kerana ingin memuaskan hati, apalah sangat ombak kecil tu untuk diharung kann.

Buat yang membayar untuk mencabar diri dengan bermain permainan pantai seperti banana boat inilah yang sanggup bersusah untuk menikmati sesuatu yang mereka suka. Pertama sekali kena bayar duit dan yang kedua kena menghadap ombak besar dan kadangkala abang yang bawak boat tu saja je jatuhkan kat tengah-tengah laut. Yaa semua tu kan cabaran, semua tu kan bukan benda yang relaks macam lepak tepi pantai tapi kenapa diorang nak buat? Sebab cabaran itu memenuhi kepuasan diri, kepuasan hati mereka. 

Ya, cabaran itu susah. Cabaran tu boleh dihindari dan juga boleh dicari. Semuanya terpulang pada diri cuma satunya adalah pabila hendak memulakan langkah untuk hadapi cabaran tu, pasanglah tekad walau ombak besar mana pon yang datang, walau tertelan air masin bergelen pon, walau jatuh di lautan berapa banyak kali pon, jangan minta give up bila dengar bunyi enjin bot menderum atau ombak besar menghempas pantai. Itu baru permulaan. 

Kalau dah sahut dan genggam cabaran akan mula ujian satu demi satu sehinggakan cabaran yang rasanya masin berkelip mata tak suka sehingga terasa masinnya air laut itu sesuatu yang patut dinikmati di akhirnya.

Kerana apa yang membezakan cabaran apa yang kita pilih adalah cerita manis di akhirnya nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata