kayu ukur cinta
Tangan aku yang masih bersisa nasi campur sudah hampir kering dek kerana terlalu leka mendengar cerita hangat dari bekas rakan sekerja. Dah lama aku tak join gosip-gosip pejabat yang humornya tak pernah putus macam ni. Dari kisah officemate yang buat perangai dalam lab sampailah bab keluh kesah projek yang tak pernah putus aku tadah je telinga mendengar. Haih rindu aku kat diorang ni lepas jugak bila diorang on aku ajak lunch sama hari ini.
Definisi cinta itu terlalu subjektif dan universal untuk ditafsirkan oleh minda dan pemikiran. Setiap individu punya maknanya yang tersendiri. Kadang-kala dari suka boleh menjadi cinta, dari benci juga boleh menjadi cinta apatah lagi kalau sayang tentunya sahaja boleh menjadi cinta. Cinta itu juga bukan sahaja boleh terjadi antara dua insan sepasang kekasih yang saling mencintai tapi boleh dimaksudkan cinta kepada ibu ayah, keluarga, sahabat dan pelbagai lagi watak kehidupan lain tanpa meninggalkan cinta yang paling agung pada Yang Esa.
Kita sendiri yang menafsirkan makna cinta itu.
Bila kita bercakap tentang cinta, terlalu besar lapangannya, terlalu banyak cabang dan rantingnya dan terlalu banyak persoalannya.
Adakah cinta itu menjamin bahagia?
Adakah cinta itu semudah melafazkannya?
Adakah cinta itu kekal selamanya?
dan persoalan yang takkan pernah habis apakah kayu ukur cinta itu?
Aku mengeluh hari ini kerana kisah cinta yang sering bertamu di telinga ini semakin hari semakin aku tak mengerti. Aku sanjung perkataan cinta itu sebenanrnya dan aku suka untuk lafazkan sebab aku rasa cinta itu sesuatu yang indah, ya perkataan cinta itu sendiri. Tak percaya? Haaaa cuba sebut sendiri dan bunyinya akan sampai dalam hati.
hahahahaha bunyi jiwang, well yes I am.
Kisah cinta yang paling aku suka dengar tentunya yang ada happy ending dan paling aku lemah longlai nak hadap yang bercerita bersama air mata menitis di pipi. Dari keluhan, bebelan, penyesalan, tangisan, kegembiraan, keromantisan, kemanisan termasuklah amarah dan dendam semuanya aku dah pernah mendengar. Bunyi dah macam kaunselor cinta weh 😂
Dek kerana cinta ini terlalu kompleks untuk diceritakan seinci demi seinci aku selalu abaikan untuk dituliskan tapi hari ini aku laju menulis kerana satu persoalan (yang kat atas tadi).
Ada had ke dalam bercinta ni? kalau terlalu cinta tak binasa kah? Kalau kurang cinta boleh tukar jadi benci kah? Ehh ada had ke dalam ukuran cinta?apakah kayu ukur cinta itu?
walaupun aku takda pengalaman tapi aku yakin perlu ada had supaya
cinta tu tak bertukar definisi menjadi obses
cinta tu tak bertukar definisi menjadi obses
Comments