Travelog Clorox Hati ‘Raudah’



Alhamdulillah .

Assalamualaikum wbt.

17 Mac 2014 Isnin
1018 am
Hotel Madinah

Roti arab lebar yang aku cuit tadi aku cicahkan dengan kari daging. Perhh rasa mantap . sambil aku scroll TL di twitter sesedar sahaja roti arab yang memang besar tu dah habis aku sorang makan . dah macam gaya orang arab makan dah aku ni . Mak yang tadi melepaskan lelah kepenatan aku lihat dah lena dibuai mimpi . ohh ayah pon sama . penat sangat ni .

Semalam ketika aku pertama kali melihat masjid nabawi, aku seakan terkedu . Dalam jiwa aku mengucap syukur kerana diberi rasa nikmat dan peluang menjejak ke sini . Sesungguhnya aku seakan tak sabar nak solat di situ . Ya Allah permudahkan lah urusan hambamu yang kerdil ini . Pertama kali aku solat dhuha dalam keterujaan yang amat sangat

Seusai solat sunat dhuha, terus hati menanam niat bertekad inshaallah aku boleh khatam kat sini J

Sebenarnya yang buat mak lelah yang amat sangat tadi sebab peristiwa nak masuk raudah waktu dhuha tadi. Malam tadi ayah asyik bercerita dah jejak ke raudah jadi semangat mak untuk ke raudah apatah lagi berkobar-kobar. Tapi susahnya Ya Allah .

Lepas subuh tadi, aku sambung bacaan sebab mak kata kita masuk raudah lepas subuh lah . Ohh yaa untuk muslimat ada waktu-waktu tertentu untuk masuk raudah memandangkan kawasan raudah tu kat ruangan solat lelaki .

“Raudah …….”

Tatkala ‘guard’ arabi tu dah mula berjaga di pintu pemisah antara lelaki dan perempuan, aku pon terpikir mungkin dah nak masuk waktu kot untuk Raudah. Orang ramai dah mula berkerumun. Mak pon dah mengajak untuk bangun. Maka berhimpit dan bersesaklah manusia dihadapan pintu pemisah tersebut. Diulangi pintu pemisah . Baru pintu pemisah belum lagi pintu pemisah untuk ke Raudah.

Waktu tu aku masih belum boleh bayangkan bagaimana untuk ke Raudah walaupun mak dah bercerita sedikit mengenainya tapi waktu dulu lah. Waktu mak haji yang mana pada masa tu aku belum pon lahir lagi .

Aku masih clueless tapi hati dah berdebar kencang.

Mak yang sememangnya kecik dah terhimpit dek orang yang besar-besar. Tapi empuk (ngeeehh). Aku risau sikit tapi mak macam okey.

Bila pintu pemisah itu dibuka, aku terpisah dengan mak dek himpitan orang. Part ni memang aku tak boleh lupaa sebab aku dihimpit sangat dengan mereka yang besar then bila mereka macam nak berlari aku di tengah-tengah mereka seakan berpusing-pusing. Serius aku berpusing macam penari balet gitu (sikit laaa). Bila dah ada jarak aku macam nak jatuh tapi mak sambut tangan aku . Pening lah jugak .

Jauh jugak berjalan lalu ruangan solat lelaki and then baru nampak signboard macam nasihat lah untuk ke Raudah. Ada ‘guard’ arabi jaga. Susah nak describe. Nak masuk Raudah ni macam ada turn lah. Half dah masuk then dia tutup. Dalam 10-15minit dia bukak, orang masuk lagi. Takdelah semua serbu gedebuk cenggitu. Lebih teratur.

*Abang kata dia buat begitu mungkin sebab sebelum ni ada kes orang meninggal sebab kena himpit teruk sangat .

Bila sampai depan pemisah untuk ke Raudah tu aku macam sebak tapi tak menangis. Tapi bila aku duduk air mata keluar sampai taknak berhenti. Pada ketika tu aku perasaan undefined. Bila masuk dalam solat dhuha lagi lebat hujan air mata. Mak pon macam terpinga tengok aku. Serius its complicated to describe.

Raudah berkarpet hijau . Tempat biasa berkarpet merah .

Kali pertama masuk Raudah aku tak dapat jejak karpet hijau. Tak Nampak . Terlalu banyak kaki manusia di bawah. Aku Nampak makam Rasulullah dan mimbar tu. Dan aku andaikan yang sesak dengan orang inilah Raudah .

Pada ketika aku memberi salam kepada Rasulullah, aku seakan dihujani rasa keberdosaan atas dosa-dosa yang aku lakukan sebelum ini. Sunnahnya apatah lagi jarang aku lakukan. Ya Allah ampunilah segala dosaku. Ya Rasulullah sesungguhnya aku mencintaimu.

Ini kisah kali pertama aku menjejak Raudah.

-----------------






Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

kesat peluh atau air mata