Posts

Showing posts from September, 2020

Bebanan atau tanggungjawab?

Image
  Whatsapp yang bertalu masuk aku biarkan sepi tanpa balasan. Aku lelah sebenarnya untuk melayan kerenah student yang hanya mahu disuap tanpa berusaha. Dalam hati selalu terdetik, dik pi baca paper dulu study dulu ni main tanya itu ini macam takde usaha langsung untuk study dulu sebelum jumpa aku. Aku bukan taknak tolong tapi semangat nak berkongsi ilmu itu jadi merudum bila mereka ini langsung kosong pada usaha. "Kerja part-time " yang aku buat disini untuk menampung kehidupan aku sebenarnya penat. Bukan penat fizikal tapi penat otak. Masa awal-awal masuk dulu aku buat  part-time kat kafe kolej je tiap malam. Memang tak masyuk macam sekarang tapi at least otak aku penat untuk study aku je bukan kerja sekali. Tapi sekarang dua-dua kerja dan study aku memerlukan otak aku untuk memerah keringat yang aku pasti terkadang tekanan tu terasa pada fizikal aku.  Bukanlah kehidupan jika hidup ini sentiasa tenang tanpa gelora yang kadang datang menyinggah. Aku suka meletakkan sat...

Tangan yang sejuk

  Tangan aku menggigil waktu aku tengah typing entry ni. Entah kenapa tersa sejuk semacam, mungkin faktor aircond kat bilik ni atau faktor aku masih terkejut terserempak dengan sv aku tadi masa keluar dari toilet. Hmmm peringatan untuk diri sendiri lepas ni, hati-hati keluar toilet kang terserempak dengan sv sendiri nayaa je banyak pulak persoalan dia silap-silap tambah kerja macam yang baru je berlaku sesaat dua tadi. hmmmm Dah hampir dua bulan aku kembali belajar (sambil kerja) kat fakulti ni lepas PKP haritu dan Alhamdulillah aku boleh kata aku lebih efisyen dari sebelum ni. Mungkin faktor aku dah di penghujung semester 4 dan faktor terlalu banyak masa aku bazirkan waktu pkp tempoh hari. Apa yang buat sepanjang pkp hanyalah melepet dan pencapaian terbaik aku hanyalah aku berjaya hantar draft pertama academic   paper  kat sv aku. Tiga bulan tu banyak melepet. Teruk. Nope, itu bukan teruk itu hanyalah satu fasa kehidupan.