Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. B aru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran. "Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu" Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup . Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang. Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta segera di isi. Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan 30 Ogos 2018 Pemeriksaan kesihatan ( medical checkup ) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum mendaf
Sebekas kotak tisu memang sengaja aku letakkan di sebelah katil aku masa aku selesema teruk tempoh hari. Malam-malam bukan boleh bawak bincang selsema aku waktu tu cumanya kali ni tisu ni fungsinya dah bertambah. Bukan lagi kesat hingus meleleh tapi kesat air mata yang tak henti mengalir. Rasanya dah dua malam aku tak henti menangis di bantal. Semuanya angkara drama. Kadangkala aku persoalkan diri sendiri tentang warna diri aku yang sebenar, aku masih lagi rasa teruja setiap kali aku nampak ujian personaliti diri di mana-mana sosial media. Aku rasa teruja untuk jawab dan untuk tahu apa sebenarnya personaliti diri aku walaupun semua orang yang kenal aku akan cakap aku ceria gembira sentiasa blah blah blah tapi sebenarnya aku penat dengan menepati ekspektasi orang terhadap aku jadinya aku rasa dan yakin aku bukan personaliti seperti yang orang cakap. Tapi persoalan lain pulak macam mana orang boleh cakap aku begitu jika aku tidak begitu, ye kawan-kawan bunyi dia di sini sangat
Sabtu pagi yang tenang. Terlalu tenang sampai subuh aku tatkala jam hampir menginjak ke angka tujuh. Usai subuh, aku harus selesaikan baju-baju aku yang memanggil untuk dibasuh. Penuh sebakul. Sambil tu otak aku ligat merangka apa yang perlu aku lakukan harini. Rugi kalau siakan sabtu aku dengan sekadar melepet di atas tilam yang sejujurnya tidaklah begitu empuk tapi cukuplah buat aku terlena dan terbuai dalam mimpi yang indah. Ohhh alang-alang ada masa baik pergi derma darah, dah berbulan aku lengahkan rancangan aku yang satu ni. Kopi sejuk dalam peti ais terpaksa aku biarkan sepi sebab minum kopi boleh mengganggu bacaan haemoglobin aku yang aku memang selalu sangkut ni. Sementara tunggu mesin basuh siap bekerja, aku habiskan drama korea yang aku baru mula tengok malam tadi. Drama tentang kahwin, politik dan hubungan sulit. Berat sedikit genre dia untuk aku layan tiba-tiba tapi sebab cuma ada lapan episod dan jalan cerita dia cukup menarik untuk aku terus layan. Sejujurnya ini bukan g
Comments