Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. B aru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran. "Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu" Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup . Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang. Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta segera di isi. Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan 30 Ogos 2018 Pemeriksaan kesihatan ( medical checkup ) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum me...
Sebekas kotak tisu memang sengaja aku letakkan di sebelah katil aku masa aku selesema teruk tempoh hari. Malam-malam bukan boleh bawak bincang selsema aku waktu tu cumanya kali ni tisu ni fungsinya dah bertambah. Bukan lagi kesat hingus meleleh tapi kesat air mata yang tak henti mengalir. Rasanya dah dua malam aku tak henti menangis di bantal. Semuanya angkara drama. Kadangkala aku persoalkan diri sendiri tentang warna diri aku yang sebenar, aku masih lagi rasa teruja setiap kali aku nampak ujian personaliti diri di mana-mana sosial media. Aku rasa teruja untuk jawab dan untuk tahu apa sebenarnya personaliti diri aku walaupun semua orang yang kenal aku akan cakap aku ceria gembira sentiasa blah blah blah tapi sebenarnya aku penat dengan menepati ekspektasi orang terhadap aku jadinya aku rasa dan yakin aku bukan personaliti seperti yang orang cakap. Tapi persoalan lain pulak macam mana orang boleh cakap aku begitu jika aku tidak begitu, ye kawan-kawan bunyi dia di sini sangat...
Tudung warna pink belacan yang aku pakai seharian hari ni dah basah lencun di bahagian hadapan. Entah basah dengan keringat peluh atau air mata aku yang tak berhenti mengalir dari tadi. Esak tangis aku semakin tak dapat ditahan dan semakin jelas didengar kalau ada yang mendengar. Mujur aku masih dalam kereta lagi. Sambil ku kesat air mata, telefon yang masih dalam genggaman aku tadi aku pantas menekan butang favorite call. "hey babe" tatkala suara itu menyapa, esak tangis aku semakin menjadi jadi kuatnya. Waktu tu aku hanya mampu membalas sapaannya dengan esak tangis aku. Ada suatu masa yang aku mula rasakan seperti bebanan yang terletak di bahu aku menjadi lebih berat dari kebiasaannya. Sehingga terasa lelah dan kaki mula lemah untuk melangkah. Dunia yang terang dengan cahaya terasa semakin kelam seakan awan mendung mula berarak menutupi sang mentari. Kaki yang biasanya lincah melangkah mula ragu-ragu untuk menapak ke hadapan dan hati yang sentiasa meriah de...
Comments
mat2 jiwang je lyn perasaan camni..hahahaha
btw..
kemas umah boleh memenatkan anda..
koboringan pon hilang..
masalah nanges tiada lgi..wahaha