Apa yang aku buat bila aku takut? Aku lari Ya beb, kalau aku takut aku akan lari. Lari jauh. Sangat jauh. Jauh yang aku rasa cukup untuk aku tak perlu hadapi ketakutan tu. Sampai bila aku lari? Sampai aku rasa aku cukup kuat untuk hadap. Tapi kadang-kadang aku berhenti lari bila aku jumpa jalan mati. Nak taknak aku terpaksa hadap. TERPAKSA. Paksa diri untuk hadap. Aku rasa aku tak pernah cukup kuat untuk berhenti berlari, walaupun dalam keadaan terpaksa aku masih cuba lari. Sambil paksa hadap sambil lari. Penat. Penat sangat tapi aku dah lalu banyak kali jadi aku dah kebal. Akhirnya aku habis je jugak. Tapi dalam keadaan yang penat. Lelah jangan cakap. Jiwa dan hati yang penat hadapi perasaan ni. Fizikal? Okay je, orang mana tahu. Pandai lah jadi hipokrit. Kita cuma tunjuk pada orang apa yang kita nak orang nampak dan manusia hanya akan nampak apa yang mereka nak nampak. Jadi jiwa yang lelah tu tiada siapa nampak. Ohh Allah nampak. ----------------------------------...
Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. B aru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran. "Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu" Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup . Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang. Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta segera di isi. Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan 30 Ogos 2018 Pemeriksaan kesihatan ( medical checkup ) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum me...
Harini masuk 19 Mac 2022 dan aku baru kembali membelek belog tempat aku meluah yang entah bila kali terakhir aku meluah. Rindu untuk menaip pasti aku kembali kesini. Mungkin aku dah banyak sangat kerja yang memerlukan jari aku laju meluncur di papan kekunci sebab tu aku terlupa rasa rindu untuk menaip apa yang ada pada hati jiwa aku. Biasanya aku luncur menaip apa yang aku ingin meluah rasa tanpa ada tapisan atau kemas kini kehidupan aku pada mereka yang setia membaca seketul ruangan aku di alam maya ini tapi malam ni aku hanya ingin menaip. Aku keluarkan semula papan kekunci yang aku guna masa tulis tesis kelmarin sebab aku perlukan kekunci nombor untuk masukkan data yang terlalu banyak dan tak larat rasanya nak guna sebaris nombor pada papan kekunci laptop. Aku baru siap dan aku punya tenaga dan keseronokan menekan papan kekunci tu masih berbaki jadi di sinilah aku menaip dan menaip apa yang terlintas di kepala aku. Entah apa yang ada pada otak fikiran aku sebenarnya. Aku pon se...
Comments