pasang surut air

Getah tempe yang putus tu aku tenung lama. Masih di tangan aku lagi. Apa lagi yang nak putus ni, laju hati aku mengeluh. Baru getah ikat rambut putus dah putus asa macam langit runtuh. Tak sepatutnya perasaan tu datang macam ni tau haja. Patutnya bila getah tempe putus tu pergi je dapur, ambik getah tempe lain. Punyalah berlambak getah tempe yang percuma ko dapat bila beli nasi bungkus kat kedai. Entah hape-hape yang kau fikir haja.


Akan datang satu masa dalam hidup ni satu masa yang kau tak pasti apa yang sedang berlaku dalam hidup ko. Dan secara tiba-tiba kau rasakan hidup ini berjalan dengan terlalu laju sehinggakan kau rasa tercungap tak cukup nafas dan sedaya upaya mencari ruang dan masa untuk mencuri nafas agar nafas yang terputus kembali dalam nafas yang tenang. Begitu juga hati kau. Jangan biarkan dia menanggung rasa yang melebihi tahapnya. Dia punya tahap untuk menanggung perasaan tu sebenarnya sedikit dari apa yang kau jangka. Kau yang meletak jangkaan yang tinggi dan akhirnya kau yang terbeban sendiri. 

Patutnya kau undur selangkah ke belakang, dongak ke langit, lihat awan yang tenang, lihat bintang yang bersinar tatkala malam atau bulan yang menyinar lembut, tutup mata, cuba rasakan hembusan angin bayu itu.

Buka lah tingkap kereta tu, abaikan nyaman dingin penyaman udara kereta dan rasakan angin di luar dengan tapak tangan mu. Nyaman tangan tu akan masuk ke hati.

Ambil masa dan tenang. Tenang seketika. Jangan gopoh dan jangan gelojoh. Relaks. Tepuk dada, berikan dia semangat sedikit. Tenangkan dia agar ketenangan itu bukan sahaja di rasa di hati tapi otakmu terima juga supaya maklumat yang dicerna mampu ditelan dan disusun dengan tenang dan aman. 

Dan sekali lagi biar nafasmu tenang setenang air laut.

Comments

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

Aku tak pasti