Bagaimana Spongebob menangis?
Sebekas kotak tisu memang sengaja aku letakkan di sebelah katil aku masa aku selesema teruk tempoh hari. Malam-malam bukan boleh bawak bincang selsema aku waktu tu cumanya kali ni tisu ni fungsinya dah bertambah. Bukan lagi kesat hingus meleleh tapi kesat air mata yang tak henti mengalir. Rasanya dah dua malam aku tak henti menangis di bantal. Semuanya angkara drama.
Kadangkala aku persoalkan diri sendiri tentang warna diri aku yang sebenar, aku masih lagi rasa teruja setiap kali aku nampak ujian personaliti diri di mana-mana sosial media. Aku rasa teruja untuk jawab dan untuk tahu apa sebenarnya personaliti diri aku walaupun semua orang yang kenal aku akan cakap aku ceria gembira sentiasa blah blah blah tapi sebenarnya aku penat dengan menepati ekspektasi orang terhadap aku jadinya aku rasa dan yakin aku bukan personaliti seperti yang orang cakap. Tapi persoalan lain pulak macam mana orang boleh cakap aku begitu jika aku tidak begitu, ye kawan-kawan bunyi dia di sini sangat merumitkan. hahahaha (ayuh gelak sedikit)
Personaliti diri ni warna diri, terlalu subjektif untuk dirungkaikan persoalan dia. Perspektif orang yang pertama kali jumpa berbeza dengan perspektif sahabat bertahun lama dan juga berbeza dengan keluarga yang susah senang bersama. Belum dikira campur tolak bahagi dengan perspektif tuan empunya diri yang terkadang tak pasti emosi sendiri dan percaturan hidupnya sendiri. Bila jawapan dia berbentuk subjektif, pastinya tiada istilah jawapan yang benar-benar betul dan tepat.
Aku tak pernah rasa bersendirian ke tempat baru tu satu masalah yang sangat besar dan kadang-kadang aku rasa itu satu perasaan yang mengujakan untuk aku sehinggakan aku tak sabar untuk pergi. Perkara ni yang menjadikan semua jawapan personaliti diri di sosial media yang aku biasa jawab menunjukkan aku seorang yang extrovert. Seorang yang menyerap tenaga dari orang lain, seorang yang suka untuk bersosial dengan orang. Itu juga jawapan yang biasa orang bagi pabila ada soalan tentang tanggapan pertama tatkala bertemu aku dalam mana-mana program atau aktiviti bersama.
Betul ke aku extrovert?
Okay, kenapa aku tanya soalan macam tu sedangkan dah jelas nyata lagi bersuluh dari perspektif mereka bahawa aku adalah seketul extrovert. Sebabnya kadang-kadang aku penat, penat jadi ceria, penat buat lawak hambar, penat bersosial dan aku nak diam. Aku nak duduk diam-diam dan tak siapa kisah aku diam, bukan tanya "eh kenapa hajar senyap je harini, ada masalah ke". Tak, aku memang nak diam senyap dan bersendirian tanpa sebab. Ye saja nak diam sorang-sorang sebab aku nak dan aku penat. Tapi kan, KADANG-KADANG SAHAJA lah.
Sebab kenapa kadang-kadang je aku nak senyap camtu adalah aku nanti sedih. Aku pernah jadi penat sangat menjadi extrovert satu masa dan aku elak diri jumpa orang, aku enjoy duduk sendiri dalam kereta. Lebih kurang dalam seminggu camtu tapi cuba teka apa jadi?
Aku sedih sorang-sorang
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Bunyi macam kelakar namatey, apehal aku nak sorang-sorang tapi dah sorang-sorang jadi sedih pulak. Lahh awal-awal tadi aku kata yang aku ni COMPLEX. Aku pon tak sangka yang aku jadi sedih camtu, aku macam takde tenaga dan aku rasa hidup aku hambar. Waktu tu aku baru tahu dan sedar dan mengakui bahawa aku ni sungguh lah extrovert yang serap tenaga pabila jumpa orang. Aku sebenarnya suka, bahagia dan gembira bila dengan orang. Aku jadi ceria bila orang sekeliling aku gembira. Mungkin tu jugak sebab aku rasa kawan aku ramai. Aku lah rasa kawan aku ramai, perasaan diri sendiri sangat.
Ada lagi satu perkara yang aku baru sedar bahawa aku ni sebenarnya bila ada masalah, aku suka gembirakan masalah tu. Bunyi pelik. Memang pelik pon weh. Aku rasa aku adalah makhluk yang bukan menangis sewenang-wenangnya walaupun ada masalah. Tapi bila datang perasaan nak menangis tu memang nangis dia takleh bawak bincang lah dan hanya orang yang begitu rapat je yang redha menghadapi waktu aku menangis tiba-tiba. Jadinya bila aku ada masalah, aku sedih tapi aku tak menangis dan sebenarnya aku nak menangis supaya aku lega dan kuat untuk hadapi masalah tu, aku paksa untuk menangis dengan
tengok drama sedih
Yaaa, lepas menangis teresak-esak sampai nak semput maka aku pon lega dan gembira. Selesai lah masalah untuk menangis 💖
Demikian lah kisah bagaimana untuk hajar yang extrovert persis spongebob untuk menangis menenangkan diri bagi menghadapi masalah-masalah yang tidak sesusah hingga mampu membuatnya menangis dengan mudah. Semoga Hajar terus kuat 💪
Comments