kayu ukur cinta
Tangan aku yang masih bersisa nasi campur sudah hampir kering dek kerana terlalu leka mendengar cerita hangat dari bekas rakan sekerja. Dah lama aku tak join gosip-gosip pejabat yang humornya tak pernah putus macam ni. Dari kisah officemate yang buat perangai dalam lab sampailah bab keluh kesah projek yang tak pernah putus aku tadah je telinga mendengar. Haih rindu aku kat diorang ni lepas jugak bila diorang on aku ajak lunch sama hari ini. Definisi cinta itu terlalu subjektif dan universal untuk ditafsirkan oleh minda dan pemikiran. Setiap individu punya maknanya yang tersendiri. Kadang-kala dari suka boleh menjadi cinta, dari benci juga boleh menjadi cinta apatah lagi kalau sayang tentunya sahaja boleh menjadi cinta. Cinta itu juga bukan sahaja boleh terjadi antara dua insan sepasang kekasih yang saling mencintai tapi boleh dimaksudkan cinta kepada ibu ayah, keluarga, sahabat dan pelbagai lagi watak kehidupan lain tanpa meninggalkan cinta yang paling agung pada Yang Esa. K...