April 15, 2014

Intro 'Travelog Clorox Hati'

alhamdulillah .

assalamualaikum wbt.

15 mac 2014
2343 waktu malaysia

Pandangan aku lontarkan ke petak kecik di sisi aku . Jauh aku merenung petak kecik tu walaupun pandangan luar tu kelam hitam pekat . Mak ngan ayah dah lama hayut dalam lena . satu keluhan terluah dek lelah dari tadi tak bergerak duduk statik . hati berdebar jangan cerita , dari part lambai tangan turun escalator kat KLIA tadi punya debar sampai sekarang rasa macam masih ada lagi .

 haiii debar hilang lah cepat .

Semalam waktu una hantar aku ke ktm masa nak balik rumah, tetiba hati sebak . una pesan sampaikan salam kepada Rasulullah . entah kenapa waktu orang lain pesan kirim doa aku hanya balas dgn anggukan dan insyaallah tapi waktu una luahkan pesanan hati mula terasa . pesanan seterusnya semua macam lalu masuk otak je sebab mata dah leleh air mata .

earphone aku tarik keluar dari beg . sumbat telinga kejap . lambat lagi ni nak sampai Dubai . ohh kitorang transit jap kat Dubai then baru ke Madinah .

Tadi waktu kat KLIA bermacam pesanan aku dapat dan yang pasti pesan kakak paling aku simpan kemas .

" Jaa nanti kat sana jaga mak elok-elok tau "

Inshaallah . aku berjanji dengan nama Allah ni . Hati mengungkap kata janji yang aku dah tanamkan sejak dari mak janji nak bawa aku ke sana lagi hari tu .

Punat kecil di hadapan aku tekan sekali . haus lah cik stewardess

Pagi sebelum bertolak ke KLIA tadi aku mohon lapangkan dada permudahkan urusan musafir usai mandi sunat dan solat sunat musafir . Ohh laptop nak tinggal lah nanti senang urusan una . Pecut jap gi rumah yanie utk hanta laptop . Jumpa yanie dapat pesanan baru dari cik yati . memang niat sebelum pergi nak jumpa yanie utk mintak sikit tenang wajah diaa . mintak sikit kuat hati dia . 

ehh encik pilot dah announce kejap lagi sampai . bidai putih penutup petak kecik tadi aku angkat . masih kelam hitam pekat takde beza . 

on the way nak ke gate tadi sebelum masuk flight, aku called shak . minta sikit semangat dia . 

ohh okey dah sampai Dubai . Baii . assalamualaikum :)






Alhamdulillah sampai madinah waktu subuh . Rasa sejuk seakan mencengkam jiwa yang dah memang beku dek debar dah selamat tiba di tanah suci . Ucap syukur tak henti .

Tapi dugaan travel tanpa kumpulan, sebelum keluar airport kami ditahan dek arabi . security ketat . ohh kena tunggu abang jemput ambik, sementara tu encik arabi ni 'baik hati' sangat tolong 'simpankan' pasport kitorang . Ayah berubah riak, mak mulaa cuak dan aku dah selamat menuju tandas . takpe ada kawan abang dah tolong untuk contact abang . nasib baik abang ni ramai kenalan kalau tak tersadai terkapai-kapai kitorang . Mak dah agak mesti dia tak bangun lagi then kabut nak pick up kitorang kat airport . hailahh abang .

subuh di hotel . dhuha di masjid nabawi . dan abang sambung pergi kelas macam biasa tapi sempat belikan sarapan untuk kitorang :)




*inshaallah ni baru intro




March 12, 2014

cacat terlihat bila tirai dilabuhkan

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

hanya kepadaMu ku panjatkan nikmat syukur yang tak terhingga ini .


dah hampir 2 minggu program ifest'14 tutup tirai . kemuncak dengan konsert amal . congrats una and the gang . perasaan bilaa officially tamat konsert tu macam unexpected and kind a suprised jugak . well benda besar alah ni macam dah lama gilaa plan and i can see all the troubles u and ur team go through . seriously its quite tough . layak dapat ucapan tahniah besar sekali dengan ala-ala kalung bunga india gitu (Y)

throwback - the moment kita breakfast sama-sama kat kasim sungai besar . non stop ko hambur and expression muka yang macam down gila nak mati . ala-ala macam nak pasrah abes dah siap order roti telur banjir yang biasanya kompem abes licin tapi macam tak berusik je pagi tu . 

and now u proved it . niceee :)

masuk cerita program bicara cakna yang sangat mencabar emosi dan jiwa aku . takleh lawan lah part konsert tapi masalah utama adalah pihak atasan kurang keterbukaan . annoyed !

masalah demi masalah demi masalah datang kunjung tiba macam takde pengakhirannya . seakan-akan awan mendung dah mula menyelubungi cerita aku . bila tarikh semakin hampir, bunyi guruh berdentum dan kilat sabung menyabung mula berteriak . adakah petanda hujan ribut bakal menggoyah cerita aku kali ini . sebelum sempat apa-apa hujan air mata dah jatuh dulu . doa ayat cinta dah ku lontarkan dulu dalam esak menuntut kemudahan urusan dari Sang Pencipta yang maha agung .

tatkala guruh kembali menyepi dan awan mendung mula pergi, hujan rintik seakan jatuh membasahi bumi . masalah itu takkan pernah berhenti even tinggal lagi a few hours before the program started .
di waktu itu, hujan air mata orang lain mula menginjak masuk dalam cerita aku . emosi berbaur amarah yang tak tahu mencari titik kawal mula untuk menguasai cerita perit aku.

perkara paling penting dalam keadaan itu, dongak langit dan tunduk menghadap bumi . kembali lagi kepada Nya . usaha itu hanya menjadi sia-sia bila mana tawakal dicampak ke hujung dunia . aku mengucap syukur . rahmat Mu hadir membantu hambamu yang lemah tanpa banyak bicara .

subhanallah .

masalah panel - masalah isu mahasiswa - masalah atasan universiti - masalah isu sensitiviti universiti "politik mahasiswa" - masalah dewan - masalah crowd

alhamdulillah

ujian hamparan Mu sungguh besar sehingga satu tahap

     Pengarah hampir mengikrar kalah mengucap pasrah

rilek cool down inche pengarah . pengarah terluah bicara dek lelah menghadap kemsis sedia ada .

malam 27 Februari 2014 membuka satu ruang dimensi baru mahasiswa bebas mengulas memahami isu hangat isu AUKU isu kemahasiswaan isu keterlibatan politik dalam kalangan mahasiswa .

Photo: [ BICARA MAHASISWA CAKNA ]

Ayuh mahasiswa seluruh Malaysia kita turun ke USIM!! Kita hangatkan Bicara Mahasiswa Cakna.

Tajuk--> Suara Mahasiswa : Siapa yang Mendengar?
Menampilkan Hasbie Muda (penganalisis politik), Idzuafi Hadi Kamilan (Pegawai Penyelidik Parlimen) dan moderator saudara Ikhwan Roselli (pendebat USIM).

Tarikh --> 27 Februari 2014
Tempat --> Dewan Kuliah Pusat 4
Hari --> Khamis 
Masa --> 8.00 pm

Antara isu yang bakal dikupas oleh ahli panel :
- Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)
- Peranan mahasiswa dalam menentukan halatuju negara
- Medium yang sesuai bagi mahasiswa menyampaikan pandangan mereka 

LIKE | COMMENT | SHARE
#IFEST2014
#MEDIASEKREFAST

"Legacy of Golden Age"

alhamdulillah program ruang ilmu ini memang tak mampu menandingi crowd yang dibawa oleh isu cinta remaja ilahi acah-acah saya milik dia tapi crowd yang hadir menjadi satu bukti jelas mahasiswa inilah yang cakna dengan isu-isu sebegini . mengejar kualiti jauh lebih baik dari mengejar kuantiti . tapi naaaahh kuantiti kadangkala membuktikan kualiti kann? ngeee :)

tahniah buat seluruh team ifest'14 dan special thanks to team bicara mahasiswa cakna :)

*juga buat cik nabilah azmi nun jauh di mesir .  a great fat thanks to you for the amazing poster :)

------------------------------------------------------------------------------------------

ending program malam tu hati tak berhenti mengucap syukur tapi sekelumit terkilann yang dalam itu turut ada di hujung tepi kecil hati aku .

we are supporting each other babe . pleasee be there for me as well as i am always be there for you .


*saya rindu nak hambur cerita masalah dengan shakirah :)



Tatkala kita mulai memikir keindahan tirai yang kemas tersangkut di atas padahal cacat tersembunyi kan terlihat jelas pabila ditarik dilabuhkan . 

Adakah tirai yang sama masih kekal menjadi pesona ?

#PrayForMH370 

February 24, 2014

bersediakah aku ?


4 beg yang biasa aku guna elok terletak kat tepi meja study . isi beg biasanya lebih kurang sama cuma tukar-tukar beg je, well pakai beg ikut keadaan . ehhh jap kenapa aku cerita pasal beg?

ada satu bende yang berubah tentang isi beg aku lepas balik dari cuti semester hari tu . purse dan phone dah memang wajib ada dalam beg tu *walaupun kadang2 lupa nak bawak phone . buku . ya ada sebijik buku yang aku bawak ke hulur ke hilir sekarang .

biasanya isi beg aku mesti ada handkerchief satu , purse , phone , gula2 , pen , johnson baby punye cologne dan sampah tahpape . kadang2 rajin tetiba ada buku cerita . tapi kali ni ada buku baru .


dulu aku benci bawak beg #Fakta


buku panduan tu sebenarnya yang tengah macam membantu aku untuk hilang ketakutan dan kerisauan untuk around half month akan datang . aku tengah berusaha untuk become someone better from before . seseorang yang baik sikit lah dari dulu-dulu .

ini semua bermula around 2 tahun lepas kot . waktu tu kakak baru lepas habis pantang and baby sulung macam kind a kecik cenenot lagi *abdullah premature baby . since kakak still study lagi kat Jordan so mak dengan ayah willingly nak escort kakak balik Jordan and adik aku 2 orang tu ikut sekali .

adik aku 2 orang tu selalu follow mak ayah pergi travel jauh2 naik flight macam serawak lah indon lah . cuma aku je belum merasa terbang naik flight *abang aku lagi sorang tu macam tak kesah je . entah lah

then , mak cakap nak bawak aku pegi sanaaa . dan aku rasa macam alhamdulillah selama ni aku tak kesah la adik aku 2 orang tu dapat pergi jalan jauh2 tapi aku tak dan ini hikmah terbesar yang aku terima .

tapi waktu tu macam serius ke perkara ni? susah jugak lah sebab mak ayah bukan orang yang berada sangat lagi-lagi anak2 semua tengah belajar lagi , yang dah kahwin pon still belajar tak habis2 . dan aku doa banyak2 semoga perkara baik ini dipermudahkan ALLAH . amin .

waktu study week sem lepas , mak call bagitahu perkara ni confirm so kene buat passport segera . and before aku balik sini untuk start new semester , aku teman mak ayah settlekan visa dan medical check up and injection bagai-bagai .

dan aku rasa YA ALLAH, Bersediakah aku untuk menjadi tetamu Mu?

sebab tu lah aku bawak ke mana-mana buku panduan ibadah umrah dan ziarah tu . aku rasa dan aku asyik soal diri sendiri dah cukup ke persediaan aku untuk ke sanaa? layak kah aku?

dan bila ujian melanda hidup aku baru ni , ada seorang sahabat berpesan kat aku

" mungkin ALLAH sengaja bagi ujian ni untuk kau dan mana tahu ada hikmah sebaliknya nanti segala urusan kau di sana dipermudahkan dan takde masalah . kita tak tahu apa perancangan Dia yang terbaik untuk kita "

malam ni sekali lagi aku berteleku lama fikir dan renung balik kata-kata dia . dan alhammdulillah jiwa tenang moga segala urusan duniawi di sini berjalan lancar dengan sebaiknya dan hati tak sabar tapi ada sekelumit rasa masih gerun dan persoalan sudah bersediakah aku?  terus bermain dalam fikiran .

mohon kekuatan sahabat dan doa kalian agar urusan program ifest'14 berjalan lancar mengikut apa yang direncanakan . semoga Allah beri kita kekuatan bersama .


persediaan itu tidak akan pernah cukup selagi mana
 hati tak pernah merasa tenang



February 21, 2014

kena langgar todak

"ohh oke..okey..terima kasih ye ....aaa mintak maaf ye"

end call

pandang tingkap luar ... sebak ... bergenang

setitik jatuh .. setitik lagi

jatuh lagi .... lagi dan lagi

aduhh sakitnya ... pedih

dah hampir berbulan rasanya air mata tak jatuh menitik dek kerana perasaan begini . iyaaa biasanya aku ialah seorang haja yang coolio tough . air mata jatuh sebab cerita drama sedih bukan kerana tertekan dek perasaan kebersalahan yang diasak menyesak dada begini . 

minda ditujah ditonjol persoalan berjuta kenapa masalah cuai sendiri akibatkan masalah besar kat orang lain . lagi lagi orang lain itu adalah mereka yang banyak berkorban untuk keberjayaaan program ini . aduhh pedih mata bila air mata menitis lagi dan lagi . slurpee favourite pon boleh jadi sekadar hiasan mata je nak sedut walaupun seteguk pon tak mampu .

esok leraikan kembali persoalan kusut yang timbul ini dek kerana kecuaian mu haja . bila dua perkara digasak diasak dalam keadaan yang kekusutan perasaan ini kembali timbul . aduh sakit nya rasa tertekan ini . mohon dijauhkan lagi Ya ALLAH . aku seakan tak mampu .

aku hambur satu persatu kisah tekanan aku . puas terasa puas tapi seakan yang kurang . masih belum terhabis sepenuhnya . aku berteleku di bawah shower . reflect diri motivate diri push diri with no limit dalam linangan air mata *acah-acah drama bawah air hujan . satu habit baru ketenangan di bawah shower . tapi ini macam tak cukup lagi .

hampar sejadah . capai telekung . mungkin inilah jalannya . solat . ketenangan hanya padamu Ya Allah . surat cinta Mu ku belek dan aku baca . suatu arus positif *zuppp* mengalir masuk lembut dalam jiwa . ketenangan itu seakan terasa kini . tangan yang biasa menuding mengarah itu ini aku angkat memohon ampun Mu Ya Allah .


YA ALLAH

tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani
jika ujian yang engkau datangkan kepadaku ini untuk mendekatkan aku kepadaMu
aku redha dan aku mohon kekuatanMu Ya Allah

Ya Allah 
sesungguhnya aku memohon ampun atas segala khilafku
jika selama ini apa yang aku kerjakan jauh dari niat untuk menjadi hambamu
aku mohon Ya Allah
kuatkanlah imanku dan lapangkan jiwaku
sesungguhnya perbaharuilah niatku Ya Allah

Ya Allah
jika program ini mendekatkan kami kepadamu
permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah
tapi jika sebaliknya
sesungguhnya hanya kepadamu lah kami berserah

Ya Allah
aku bersyukur diatas segala nikmat yang telah ku terima
jua ujian yang Kau datangkan
sesungguhnya ujian ini adalah nikmat dalam hikmah yang Kau hamparkan
ALHAMDULILLAH syukur Ya Allah .

amin ya Rabbal Alamin

tangan ku tekup ke muka . YA ALLAH . kuat haja kuat !

tawakal selesai kini usaha kena jitu . bersedia untuk esok menjelaskan peleraian kekusutan akibat kecuaian sendiri . mohon kekuatan sahabat .



. tiba-tiba pantai tenang dalam jiwa di langgar todak tanpa amaran .



January 15, 2014

kisah ke'kecah'an

ppuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *tiup habuk

assalamualaikum wbt.

0158 am 15012014

rindu rasa nak humban cerita dalam belog kecah-kecah ni . selalu niat ada nak type entry baru tapi mesti ada benda yang datang halang . emmmmm contoh macam youtube . ngehehheheheheee

alhamdulillah entry pertama untuk tahun 2014 . mungkin boleh buat azam baru selalu update entry baru kot . inshaallah lahh . pembuka tahun kali ni tak terasa sangat mungkin sebab tengah busy dengan final exam sem3 dan sangat sangat lah feelingless untuk pergi mana-mana tempat untuk celebrate new year . ecceeeh sangat sebab bulan januari dah nak setengah bulan dah cik haja oiii . hagagagaga . *weird kan cara aku pronounce bunyi gelak . itu habit baru aku perasan .

setakat ni dah lepas 5 paper dan berbaki lagi 2 paper - analytical chemistry dengan philosophy of science . dan dalam 5 paper yang dah lepas tu rasa macam tahpape pon ada jugak . lagi-lagi subjek object programming kemain aku tetiba jadi programmer tak bertauliah dalam exam hall time tu . hebat tak hebat aku bole reka coding sendiri . pehhh sangat *bangga*

kali ni punya exam rasa lama gila . start 31hb sampai 16hb . setengah bulan untuk exam 7 paper . penat lah jugak tapi alhamdulillah syukur bila Allah temukan kita dengan sahabat yang sangat sangat banyak membantu  yang super super hebat dalam teman untuk harung susah exam ni sama-sama . jadi kesusahan itu diselangi dengan keseronokan dan ke'kecahan *word baru discover


kami suka ber'kecah



semalam 14 JANUARI 2014 / 12 RABIU'L AWAL anak buah yang kelima selamat jejak dunia . alhamdulillah baby boy . baby lahir tak cukup bulan . baru 27 minggu 6 hari . doc cakap baby sangat snagat pre mature . mohon doa semua doakan baby terus sihat . hoping the best untuk baby . yeahh go baby go ! keep alive !fighting ! achik haja sayang baby !

abdullah dapat geng baru



next cerita tadi geng #syehFazaszfan usim pegi makan steamboat kat bangi , ngeeeeeeeeeeee . hari tu ingat main-main acah acah dengan zakwan rupenye beliau serius maka tadi pegi makan steamboat sampai pengsan . the best part is even family #sf kecah-kecah ni macam ngengong je tapi bonding tu macam kuat . ala-ala macam kita buddys takkan terpisah . dan sekarang feeling rindu zaman sekolah kat simpang lima macam membuak-buak . hahahahaha lamanya tinggalkan sekolah . annndd btw this year aku dah masuk 21st y/o .


geng #sf kat usim *time tamhidi




lagi satu best news nak story , the youngest sister in the family dah masuk sekolah asrama . well adik aku dah besar nampaknya . dan dia sekolah hebat dan bakal jadi lebih hebat dari aku . inshaallah bakal hafizah .

*aku je yang kurang ke'hafizahan







banyak jenis story aku entry ni . ngeeee
that's the end . kbai next time entry baru :)