susah memang susah

Playlist lagu spotify yang aku custom made khas untuk halwa telinga aku dah berulang lebih tiga kali tapi aku masih merenung kosong skrin komputer. Renungan aku penuh harapan seperti papan kekunci itu mampu bekerja sendiri tanpa bantuan dari otak aku. Susah.

Spek mata aku sengaja tanggalkan dan lap kantanya. Tanpa sedar keluhan terluah. Susah.

Dah dua kali mengadu lelah.

Sepatutnya dua minggu pertama duduk rumah ni aku kene submit satu academic paper tapi dah masuk minggu ketiga aku masih kosong. Menghadap paper yang baru separuh terisi. Susah.

Rasanya dah hampir tiga kali sv aku whatsapp minta progress dan aku cuma balas okay. Susah.
Paper yang separuh terisi ni sudah disemak tapi dikembalikan semula kepada aku sebab kosong. Masih kosong. Dia mahu isinya. Intinya. Penuh.

Tapi susah.

Kalau kira berapa kali aku ucap perkataan SUSAH tu rasanya dah lebih patpuloh lapan kali. Itu yang aku sedar, yang aku ucap tanpa sedar rasanya mau patpulohlapan ribu kali. 

Aku suka untuk membaca. Apa jua bahan bacaan aku suka dan aku selalu mengayam angan-angan untuk menulis bahan bacaan. Tapi menulis itu bukan senang. Membincangkan bahan penulisan dalam bentuk penulisan bukan senang, yaa ia susah.

Setiap kali aku baca academic paper, terlintas rasa kagum dengan kehebatan penulis dalam mengintrepretasikan sesuatu perkara, pembuktian kajian, perbincangan dapatan kajian dan kesimpulan penyelidikan. Aku kagum dan aku mahu jadi yang dikagumi.

Rasa kagum itu tidak disusuli dengan bayangan rasa susah langsung. Ianya tampak megah dan menyeronokkan untuk diterokai. Sungguh rasa itu sungguh indah. Namun ianya sekejap. Terlalu sekejap.

Doakan aku agar rasa itu hadir lagi dan susah tidak lagi susah.


Hajar Hadis
2337
30 04 2020

Comments

Anonymous said…
Selamat menulis haja! You can do it!

Popular posts from this blog

#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Bagaimana Spongebob menangis?

Aku tak pasti