#TipsHidup : Medical Checkup di Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Anak mata aku melirik ke arah jam tangan Polo di pergelangan kiri. Baru pukul 7.22 pagi dah begini ramainya orang, hatiku berbisik sambil kakiku laju menghayun langkah untuk turut berbaris sama mengambil angka giliran. Kakak jururawat melemparkan senyuman manis tatkala aku sapanya untuk pinta angka giliran.

"Ohh nak buat medical checkup kene buat appointment dulu" 


Balasan ringkas dia buat aku terkedu seketika lantas dia suakan kepadaku buku log beserta pen untuk aku isikan nama. Sambil tanganku lincah mengisi nama, dia maklumkan tuah aku baik kerana petang nanti memang ada slot temujanji untuk medical checkup. Jadi aku hanya perlu datang semula petang nanti dalam lingkungan masa pukul 2 petang.

Aku balas senyuman dia sebelum mengorak langkah ke gerai nasi lemak di pagar klinik. Perut aku pinta segera di isi.


Poliklinik Kesihatan Seri Kembangan
30 Ogos 2018


Image result for klinik kesihatan seri kembangan

Pemeriksaan kesihatan (medical checkup) merupakan salah satu keperluan wajib sebelum mendaftar untuk masuk ke universiti tidak mengira peringkat pengajian, baik dari peringkat asasi sehingga doktor falsafah semuanya perlukan rekod kesihatan sebelum mendaftar secara rasmi.

Boleh je nak buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta yang nyata lebih cepat dan segera tapi harganya jauh lebih mahal berbanding dari klinik kerajaan.

Perkara yang perlu dilakukan untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan:

  1. Cetak borang untuk pemeriksaan kesihatan yang diperlukan
  2. Semak ujian yang perlu dilakukan kerana klinik kerajaan tak buat ujian untuk dadah jadi kalau kena buat boleh lah pergi buat dulu kat klinik swasta. Setakat ujian air kencing dengan X-Ray tu ada kat klinik kerajaan.
  3. Datang awal untuk tetapkan temujanji (di klinik seri kembangan, waktu medical checkup ada masa tertentu, biasanya petang dan kena ada temujanji)
  4. Lapangkan masa untuk waktu medical checkup sebab klinik kerajaan ambil masa lebih lama dari klinik swasta (pengalaman aku di klinik seri kembangan: 1 jam 30 minit dari sampai klinik sampailah balik)

Bayaran termasuk x-ray : RM 20



Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Spongebob menangis?

Aku tak pasti