Posts

Showing posts from February, 2016

Travelog Clorox Hati ‘Raudah’

Alhamdulillah . Assalamualaikum wbt. 17 Mac 2014 Isnin 1018 am Hotel Madinah Roti arab lebar yang aku cuit tadi aku cicahkan dengan kari daging. Perhh rasa mantap . sambil aku scroll TL di twitter sesedar sahaja roti arab yang memang besar tu dah habis aku sorang makan . dah macam gaya orang arab makan dah aku ni . Mak yang tadi melepaskan lelah kepenatan aku lihat dah lena dibuai mimpi . ohh ayah pon sama . penat sangat ni . Semalam ketika aku pertama kali melihat masjid nabawi, aku seakan terkedu . Dalam jiwa aku mengucap syukur kerana diberi rasa nikmat dan peluang menjejak ke sini . Sesungguhnya aku seakan tak sabar nak solat di situ . Ya Allah permudahkan lah urusan hambamu yang kerdil ini . Pertama kali aku solat dhuha dalam keterujaan yang amat sangat Seusai solat sunat dhuha, terus hati menanam niat bertekad inshaallah aku boleh khatam kat sini J Sebenarnya yang buat mak lelah yang amat sangat tadi sebab peristiwa nak masuk raudah waktu dhuha ta